Multiple Pages

01/07/2011

20 Premis Arak Di Kota Baharu. Nak Tambah Lagi PasBerg

Oleh : HHalem


1- Jika Pas sedang mempertimbangkan, mengkaji keperluan untuk menambah lesen arak di Kota Baharu ia memperkukuhkan lagi apa yang kita ketahui selama ini iaitu Pas sudah tidak hirau lagi haram halal samada arak, pelacuran, judi atau mengkucar-kacirkan negara asalkan matlamat memerintah Malaysia tercapai.

2- Jelas Komunis Dap berjaya mendoktrinkan minda totok Pas supaya mengutamakan keperluan haram mereka jika mahu sokongan orang-orang China dan India. Mahu tidak mahu, Pok Nick terpaksa akur dan tunduk dengan tekanan Dap.
  
Kerajaan Negeri Kaji Tambah Lesen Arak - Takiyuddin Hassan
29 Jun 2011 8:14PM


KOTA BHARU 29 Jun - Exco Kerajaan Negeri PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan dan mengkaji keperluan untuk menambah lesen perniagaan dan premis minuman arak di negeri tersebut. 

Beliau bagaimanapun menambah, kajian yang dijalankan bergantung kepada kewajaran dan keperluan mengeluarkan lesen tersebut terutamanya di Kota Bharu.

"Kita sedang mengkaji dan menimbang cadangan itu dan suatu perjumpaan akan diadakan di antara kerajaan negeri dan masyarakat Cina yang akan dihadiri oleh Datuk Anuar Tan Abdullah," ujar beliau selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco Negeri. 

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah mengeluarkan lebih daripada 20 lesen premis menjual arak. Jumlah ini tidak termasuk yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain. 


Sumber KL Pos

No comments:

Post a Comment