Multiple Pages

06/07/2011

Hidup Perkasa !! Perkasa Mohon Stadium Juga. Pemuda Umno Tengah Lali Kena Tipu Dengan Ambiga.

Oleh : HHalem.

1- Seperti yang diperkatakan sebelum ini iaitu Perkasa dan Pemuda Umno terpingga-pingga hilang arah apabila Bersih 2.0 ingin membuat Himpunan Menuju Huru-Hara di dalam Stadium Merdeka yang mereka pohon.

2- Sebagai jawapan balas kepada tindakan Bersih, maka Perkasa telah membuat permohonan kepada 3  buah stadium untuk tujuan yang sama. Bagaimanapun pengurusan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Titiwangsa belum lagi meluluskan permohonan Perkasa.

3- Ibrahim berkata Perkasa telah memutuskan untuk tidak membatalkan ‘Gerak Aman’ 9 Julai sebab Bersih 2 0 mahu terus mengadakan perhimpunan Sabtu ini walaupun Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ahli telah menitah supaya mengambil pendekatan yang lebih bijak.

4- Parlimen Bebas Pasir Mas berkata seramai 14,661 ahli Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk 2,000 bukan Melayu sudah pun menandatangani petisyen menyokong perhimpunan balas.

5- Ini lah akibatnya apabila DS Najib membuat pengumuman pra-matang dengan terburu-buru menawarkan stadium apabila mendapat titah KDYMM YDP Agong supaya Bersih di berhentikan. Apa yang kita harapkan ialah Bersih dibatalkan terus tanpa kompromi.

6- Apa gunanya berkompromi dengan Bersih atas alasan menghidupkan demokrasi dan menunjukan semangat komitmen Perdana Menteri untuk memastikan hak bersuara terus subur di negara ini dalam tatasusila manusia bertamadun; jika kita terang-terang mengetahui bahawa pengikut Bersih 2.0 adalah manusia paling durjana yang akan mencari pelbagai jalan dan helah untuk mengkucar kacirkan Kuala Lumpur seperti peristiwa yang telah melumpuhkan Bandaraya Bangkok. Tidak perlu kita berdolak dalik atas alasan apa sekali pun untuk berkompromi dengan kumpulan Bersih.

7- Sebagai contoh yang jelas, cuba kita kaji muslihat mereka, kenapa kah mereka berkehendakan Stadium Merdeka yang hampir benar dengan Istana Negara? Kenapa tidak Stadium Shah Alam yang berbatu-batu jauh? Tujuan nya hanya lah satu.

8- Ambiga berkata 10 orang wakil sahaja akan menghantar Memorandum ke Istana Negara yang berhampiran. Tidak kah kumpulan Bersih yang melimpah-limpah di luar Stadium akan ikut bersama memekik melolong menuju Istana. Masa itu tiada siapa yang boleh menghalang mereka. Kemudian barulah kita menyesal kerana berkompromi atas dasar bebas bersuara dan menyuburkan demokrasi.

9- Akal budak-budak sekolah pun akan dapat melihat muslihat Bersih. Jika Perkasa dan Pemuda Umno pula membuat keputusan menunggu depan pintu Istana, apa kah akan terjadi? Masing-masing berkehendakan bebas bersuara dan menyuburkan demokrasi, walaupun kita tahu ia akan membawa kemudaratan. Lebih baik tak payah kompromi dari awal lagi.

Tengok betapa dekat Stadium dengan Istana. Logik kan?


4 comments:

  1. Kalau nak adil, permit kena kasi di stadium yang sama juga. Jadi tak de yang jealous. Lepas tu kita tengok apa jadi jika kita berlaku adil?

    ReplyDelete
  2. I say:-) dah tukar nama.

    Gambar hisap paip yg klasik tidak harus ditinggalkan. Warisan budaya harus dikekalkan.

    ReplyDelete
  3. "5- Ini lah akibatnya apabila DS Najib membuat pengumuman pra-matang dengan terburu-buru menawarkan stadium apabila mendapat titah KDYMM YDP Agong supaya Bersih di berhentikan. Apa yang kita harapkan ialah Bersih dibatalkan terus tanpa kompromi".
    Dato Najib bukan bagi statement kurang matang.dia nak uji sejauh mana pandai nye ambigol tu.bukan si ambigol tu tak tau kalau nak mintak permit berhimpun tu kena pertubuhan yang berdaftar yg buat permohonan.bila si ambigol tu sahut saranan Datuk Najib bermakna PM kita dah berjaya mengalihkan lokasi perhimpunan tu.nah sekarang tengok...semua stadium kat KL ni takkan bagi kebenaran punye. Last2 kena juga buat kat Selangor.Biar si Khalid Gagap tu pulak pening kepala.Mangkuk ayun punya ambigol....syabas PM...anda telah berjaya....

    ReplyDelete