Multiple Pages

07/07/2011

TERKINI Ambiga Menangis Sendirian:- Bersih Terpaksa Di Batalkan. Jika Tidak Padah Kerana Menderhaka TITAH. Gambar Stadium Di Bakar Dengan Cukup Ganas.

Oleh : HHalem.
Menangis Sendirian, Siapa Yang Tahu

1- Membaca tajuk-tajuk berita di TV Awani hari ini, ia amat menarik kerana penulis percaya bahawa himpunan Bersih 2.0 akan menemui jalan buntu menjelang Sabtu 9 Julai ini. Bersih 2.0 terpaksa di batalkan langsung, jika tidak Penganjurnya di anggap menderhaka kepada TITAH KDYMM YDP Agong dan hukum nya amat padah. Jalan terbaik ialah membatalkan nya terus dan memberi alasan bahawa, ‘Himpunan Bersih 2.0 di stadium  akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu tarikh berikutnya kelak’. Itu adalah jalan paling selamat untuk menutup kemaluan Ambiga dan Jkuasa Penganjur.

2- Jalan kebuntuan Bersih 2.0 adalah seperti di bawah. Perkara di bawah harus difahami dengan teliti oleh pengikut tegar Pas-Pkr-Dap, termasuk pemimpin mereka yang sengaja tidak mahu menerima hakikat. Terutama sekali bahagian Pendaftaran.

Jalan Buntu 1 - Bersih 2.0 Masih Kekal Pertubuhan Haram
DS Hishammuddin dan DS Najib menegaskan gabungan Bersih 2.0 masih kekal haram meskipun sekretariat itu telah mengadakan pertemuan dengan YDP Agong semalam sekali gus mengisytiharkan telah membatalkan perhimpunan jalanan Sabtu ini. Kata Hisham;

“Tidak, mereka masih haram, tidak sah. Tiada siapapun mengatasi undang-undang. Hanya kerana Tuanku bertemu mereka tidak bermakna mereka sudah tidak haram lagi ”  

“Katanya Bersih masih dianggap sebagai sebuah badan haram oleh Pendaftar Pertubuhan atas nasihat Peguam Negara dan akan kekal sedemikian kecuali Pendaftar Pertubuhan memutuskan sebaliknya”

3- Jalan Buntu 2. Tugas Polis buat keputusan.

Jalan Buntu 2 – DS Najib Serah Pada Polis.
Sehubungan dengan itu Najib menjelaskan bahawa tawarannya untuk berunding mengenai satu lokasi stadium yang sesuai dibuat bagi pihak pentadbirannya bukannya atas kapasiti peribadi beliau. Najib bersilat-silat dengan bijak;

“Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa. Polis akan membuat keputusan atas kepentingan keselamatan. Satu permohonan rasmi belum dibuat”

“Saya tidak pernah berkata saya akan bertemu mereka secara peribadi. Sesiapa dalam kerajaan boleh berunding ”

4- Cuba kita lihat Jalan Buntu 3, di bawah. Ia cukup klasik. Mungkin acara sukan dalaman Perkasa dan Pemuda Umno akan di adakan di stadium. Perkasa memohon terlebih dahulu:-)

Jalan Buntu 3 – Stadium Merdeka Tak Lulus
Sekretariat Bersih 2.0 kecewa dengan alasan-alasan pengurusan Stadium Merdeka yang enggan menerima tempahan untuk pihaknya mengadakan himpunan di lokasi bersejarah itu hujung minggu ini

“Pegawai tempahan memberikan pelbagai alasan antara lain akan diadakan acara sukan pengurusan dalaman dan kerja-kerja pengubahsuaian”

“Kami kecewa apabila mendapati pegawai tempahan mula memberikan beberapa alasan mengapa tempahan tidak boleh dibuat ” kata kenyataan itu

5- Kebuntuan 4 dan terakhir ialah mengenai permit menonton perlawanan melalak di stadium.

Jalan Buntu 4 – Permit Belum Mohon Dan Tak Akan Lulus
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah.

“Datuk Ambiga bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang ”

“Kami akan mengutamakan permohonan mereka. Lazimnya permit perlu dipohon sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis. Jadi mengapa kami memberikan keutamaan?  Sebab kerajaan sudah pun membenarkan mereka mengadakan perhimpunan di stadium. Kami akan bekerjasama dan kami akan membantu ”

6- Dengan birokrasi-birokrasi di atas, Ambiga akan menangis sendirian dengan tiada siapa yang tahu. Ini jawapan Ambiga kepada persoalan di atas seolah-olah beliau kebingungan.

“Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK...Kami tidak faham ”.

7- Akta Darurat, ISA dan Hukum Menderhaka sedang menanti Ambiga.



Semua berita dari Minsider.

13 comments:

  1. dey takyah penin dah itu ambiga kasi blik p india,anwar hntar p sumatera c mat sabun plak antar je p Jawa.senang cite.

    ReplyDelete
  2. DAFTAR KEPADA ROS DULU BARU BOLEH....SI AMBIGAGAL TU BOKAN TAK PAHAM UNDANG-UNDANG....

    KALAU PIHAK PR MELALAK....MEMANG SAH LAH SI AMBIGAGAL TU KENA TUNGGANG...ORANGRAMAI DAH
    TAHU BERSIH TU UTK NGOs BUKAN PIHAK PARTI POLITIK!!!!

    NAMPAK SANGAT PR TU PERTUBUHAN HARAM GAK...BELUM
    DAFTAR KERANA BERSAMA PERTUBUHAN HARAM BERSIH...

    ReplyDelete
  3. Gambar Stadium di Bakar???? Ini gambar stadium orang main Bunga Api daa semasa lawan bola daaa....

    ReplyDelete
  4. SATU PERMAINAN AKAL YANG HEBAT..,DS NAJIB MEMANG HEBAT,SYABAS PEMIMPIN BEGINI YANG KITA MAU .MEREKA MAIN AKAL AKALAN.KITA AKALKAN MEREKA .HAHAHHAHA AMBIGA NANGIS GUA CAKAP LU...KENA KENCING DEK NAJIB .STADIUM SHAH ALAM MEREKA MESTI TAK MAU PUNYA JAUH DARI KL DAN TAK ADA KICK NAK BERDEMO..,KALAU DIJALANAN. KENA BALUN LAH OLEH POLIS NANTI KERANA MELANGGAR "TITAH" SPB YANG DI PERTUAN AGUNG,,,

    ReplyDelete
  5. Stadium Shah Alam rasanya sesuai ataupun stadium Batu Kawan,stadium darl aman atau stadium sultan muhammad. Ianya juga menjana ekonomi negeri tersebut. Jika sorang berbelanja RM10, kalu 1 juta orang hadir dah berapa duit masuk dlm kjaan negeri. Kalau yang hadir 4,5juta org, fuhh byk tuu.. Kalkulator aku jem nak kira. Punahsihat ekonomi s'gor tak reti kira ke?

    ReplyDelete
  6. agung pun hati bersih bagi greenlight buat kt stadium tapi umno penakut..ini derhaka namanya..kata umno hebat..apa nak takut...yang nak berperang cuma perkosa,persatuan silat jer..pergilah tangkap dia orang tu..opps lupa..dia orang umno lah, x boleh tangkap..pembela negara. taik kuching...

    ReplyDelete
  7. ya! satu ulasan yang sungguh bagus dan bernas! nampaknya si ambiga akan menangis tersedu2 ibarat kanak2 menangis kerana tidak diberikan gula2 oleh orang tuanya.

    Sepandai2 puaka2 PR dan ambiga mengakal2kan pemerintah, pandai lagi YAB DS Najib mengakalkan mereka! Check mate terus! Wakakakaka...baru padan muka pencacai2 baju kuning BEERshit!

    To ambiga, please stop crying like a children. You are a crap loser lawyer I have ever know. Go home! Your near fallen legal firm need you attention more than you useless effort supporting illegal BEERshit group! Shame on you! shame on you! shame on you ambiga! You are the ultimate loser! Idiot!

    ReplyDelete
  8. Tuan Zakir:-)

    menarik biz insuran takaful Tuan.

    ReplyDelete
  9. sesuatu yang kononnye...mengikut kehendak hak asasi manusia (walhal hak asasi manusia lain yang cintakan kebenaran...tak plak depa kisah...) tetap tertakluk dengan lunas undang2 untuk dipertimbangkan....sebelum satu2 tindakan diambil...maka peluang dan ruang telah terbuka luas untuk depa ni 'berlawan' mengikut lunas undang2 juga (da depa tu banyak yang lulusan undang2 dan menjadi pengamal undang2 ala2 'rimba'...'tak gitu'?)

    depa ni gilerr biolll!

    ReplyDelete
  10. Perhatian !

    Isu sabenar Bagi penganjur...ialah dana yg dah masyuuuk ke personal account nanti ke tak bolih nak bedal....miss lah peluang...

    Semua jawatan kuasa dah pening....

    ReplyDelete
  11. Ya tak ya... Khalid tak akan beri stadium pasal dia tau pasal fulus tu....dia tak dapatt tumpang sekaki...

    Mat Sabu dapat dari derma Tong Fitnah PAS...

    PKR....dapat sikit sikit dari towkey koperate yg tak puas puas nak kaya....

    DAP....pakai Sing dollar....value tinggi sikit..

    Rakyat habis duit duduk kedai kopi story story..

    Orang padai pilih menjadi bebal

    Yg bebal buat muka tebal ...baring atas jalanraya...

    Yang baring atas jalanraya tu lebih hina dari Bohsia yg baring atas...perut...

    Pak Pandir Millenium

    ReplyDelete
  12. Patutlah tak nak buat di Selangor,Penang atau Kelantan, nanti keuntungan duit dana yang mereka dapat bedal akan menipis kerana kena kongsi dengan ketua negeri atau orangnya(Agen)...

    Faham faham faham !

    ReplyDelete
  13. Dua hari ni mendung jerr.. nak hujan lebat, banjir ker sabtu ni. Adakah peristiwa tentera bergajah dan burung ababil berulang.

    ReplyDelete