Oleh : HHalem.
1- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Kelantan menolak tohmahan sekeras-kerasnya bahawa pihaknya tidak berani mengambil
tindakan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kes Abdul Ariffahmi
yang merupakan menantu Menteri Besar.
2- Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Nor berkata, SPRM
Kelantan telah selesai menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri
Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman.
3- Siasatan kes Abdul Ariffahmi telahpun
selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan.
4- Jika itu adalah benar seperti kata
Nasaruddin, apakah perkara yang membuat SPRM Putrajaya tertanggoh-tanggoh
mengeluarkan sebarang kenyataan samada Aiffahmi perlu di dakwa atau tidak?
5- Jika SPRM Kelantan katakan mereka berani
dan tidak takut kepada PokNicky, adakah ini bermakna SPRM Putrajaya adalah
sebenarnya yang takut pada sumpahan PokNick? Adakah maklumat ini disimpan untuk
digunakan untuk memeras ugut PokNick apabila tiba masanya?
Sumber asas cerita dari Bernama>
Salam Tuan ...
ReplyDeleteBukti nyata Nik Aziz hanya pandai berkata dan mengata ... pekung dlm kain sendiri Nik Aziz lupa nak jaga ... apa2 pun Selamat Berpuasa ...