Oleh : HHalem.
Hindraf Di Kecewakan dan Di Bohongi Oleh Pakatan Rakyat
1- Kita telah saksikan bagaimana sekumpulan
kaum India didalam Bersih dan Parti Sosialis Malaysia telah menjadi catalsyt
dan pemangkin kepada rusuhan-rusuhan yang berlaku beberapa minggu lepas. Dimana
majoriti rusuhan itu disambut oleh Melayu Pas-Pkr Bersih 2.0 dan Melayu Umno
Patriot.
2- Tidak puas dengan itu atau memang menjadi
budaya kaum India, maka hari ini mereka menubuhkan pula Barisan Tindakan Transformasi dan Hak Asasi
(Intraf) iaitu gabungan 60 pertubuhan yang membuat keputusan untuk
mencari masalah dan gaduh dengan BN dan PR.
3- Setiausaha Eksekutif Intraf Gobi Krishnan
mengadakan mesyuarat semalam dan menuntut 7 Inisiatif daripada BN dan PK
perkara-perkara berikut;
1- Mengiktiraf
undang-undang perlindungan minoriti United Nation 1948,
2- Menyediakan dasar
ekonomi khusus bagi kaum India,
3- Kerajaan
membiaya kesemua sekolah Tamil di negara,
4- Melaksanakan
peperiksaan kemasukan universiti yang seragam,
5- Menggubal
dasar-dasar pengupayaan golongan belia,
6- Mewujudkan
kementerian khas bagi kaum minoriti dan
7- Perwakilan yang
adil dalam proses membuat keputusan.
4- Intraf diterajui oleh kepala-kepala didalam Hindraf
dan apa pun objektif mereka, yang dikarang semula, ia adalah tetap sama, iaitu
disebabkan kelemahan mereka sendiri dari segi ekonomi dan pendidikan, maka
mereka mempersalahkan orang-orang disekeliling mereka. Intraf adalah Hindraf
Makkal Sakti berwajah baru.
HH,
ReplyDeleteSahhhh, nanti MIC dapat satu lagi menteri penuh. Cisss.....
najib yang baik hati, percayalah yang dia akan layan permintaan ini. najib tidak peduli apa 67% bumiputera di malaysia ini akan kata, semata hendakkan undi dari kaum minoriti ini. sedih...sedih dan sayunya hati bila dah ada little india, biasiswa tambahan, tambahan peruntukan bagi sekolah2 tamil, diberikan sijil kerakyatan kepada ribuan kaum mereka dan...dan...dan!!!! SALAH SIAPA?????
ReplyDeleteSelamat pulang dari Trawih hari yg pertama.:-)
ReplyDeleteTuan Hhalem,\
ReplyDeleteSolat Terawikh 20 rakaat atau 8 rakaat?
Masid mana ?
ARK2