Multiple Pages

03/07/2011

Mat Sabu Berjanji Ahli Pas Akan Mati Katak. Tidak Akan Di Bela.

Oleh : HHalem.
Semua akan cedera-pecah-kepala-katak

1- Pemimpin Pas, Mat Sabu, telah berjanji tidak akan membela ahli Pas yang kena tangkap jika berlaku provokasi pada rusuhan Bersih 2.0, 9 Julai nanti.
Parti Pas sudah membuat keputusan untuk tidak memberikan bantuan guaman atau sebagainya (kecederaan, hospital) kepada mereka yang ditahan pihak berkuasa.

“Kita tidak akan bertanggunjawab terhadap mereka. Polis boleh ambil tindakan sewajarnya. Peguam kita tidak akan bela ahli yang timbulkan provokasi semasa perhimpunan Bersih,” Sinar Harian>

2-  Kebodohan pemimpin Mat Sabu amat terserlah apabila memberi jaminan 100 % bahawa ahli parti itu tidak akan terlibat dengan gejala yang boleh mencetuskan kekacauan.

“Ahli kita akan berkelakuan baik dan patuhi undang-undang. Itu janji saya,

3- Bodoh kerana bagaimana beliau sanggup memberi jaminan sesuatu yang di luar kawalan beliau sendiri dan kejadian buruk itu sah terletak di tangan pihak ke tiga.

4- Yang jelas jika berlaku kejadian buruk, beliau akan salahkan pihak polis dan orang Pas tetap baik dan tidak bersalah. Polis yang dikatakan meng-gas dan water-cannon-kan rakyat. Macam ini punya otak pemimpin bersepah-sepah di dalam Pas-Pkr-Dap.

5- Macam mana dikatakan perhimpunan akan aman, siang-siang lagi Ketua Penerangan PAS Pusat,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, telah memberi amaran keras kepada kerajaan, siap dengan memberi contoh lagi dengan pandangan sudut dan persepsi beliau sendiri yang menyenangkan.

“Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin. Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya ‘bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu mendengar rintihannya melayani aduan mereka itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina’ ” kata beliau

“Wahai Kementerian Dalam Negeri ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat ” kata beliau kepada The Malaysian Insider>





2 comments:

  1. Bila orang bodoh jadi pemimpin dan disokong serta diangkat olih orang bodoh juga,inilah yg berlaku negara dihuruharakan sewenang2nya,menyeru pengikut2nya membuat kerja bodoh perhimpunan haram bersih tetapi ingin cuci tangan jika berlaku keganasan & kekacauan,ini cukup pelik x masuk akal.

    ReplyDelete
  2. TITM ni bab rakyat tentang kerajaan, keluar sejarah Islam. Bab sokong penggerak murtad, kenapa tak keluar sejarah bagaimana Nabi S.A.W. mengarahkan memerangi golongan murtad? Inilah Ustaz PAS. Bab agamapun dipilih yang berkenan aje. Subhanallah.

    ReplyDelete