Oleh : HHalem.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad
Abdullah - Kenal Mamat Ni !!
Seramai 17 orang
pemimpin dan ahli PAS Jasin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini
untuk disoal siasat.
Mereka ditahan di
Pejabat PAS Kawasan Jasin kira-kira jam 2.15 petang tadi.
Sehingga jam 5.00
petang tadi kesemua mereka masih disoal siasat berkaitan rampasan baju Bersih
2.0.
Antara yang
ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS
Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua
Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi dan beberapa
ahli PAS Jasin.
Polis bertindak
masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira
jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar
PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam
9.00 pagi.
Selain itu, pihak
polis yang berjumlah 30 orang yang kesemua tidak beruniform merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.
Beberapa orang
lagi polis yang beruniform menunggu di luar.
Selain itu
kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari
meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.
Semua kenderaan
diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.
Sumber lidah rasmi Pas
ha ha padam muka,sumbat saja dlm lokap biar dia rasa bau hanyir lokap tu mcm mana
ReplyDelete