Multiple Pages

22/07/2011

Najib Dedah Rampasan Kuasa. John Malott Buktikan.

Oleh : HHalem.

1- Sebaik pulang dari Eropah melawat Pope Benedict XVI di Holy See, Vatican City, Italy,  kita lihat bagaimana DS Najib telah membelasah dengan memberi amaran kepada China/India Kristian supaya, “mereka hormati kami,  kami akan menghormati mereka” di sini >

2- Di Kompleks Bunga Raya KLIA yang sama pagi ini, DS Najib meluahkan apa yang kebanyakan rakyat ketahui iaitu badan pemantau Bersih 2.0 sengaja mahu mengadakan perarakan dan memprovokasi polis daripada mengetengahkan permintaan mereka untuk menghantar memorandum yang sebenarnya. Ia hanya bertujuan menunjukan seolah-olah Malaysia juga seperti dunia Arab yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Kata Najib;

“Ia bukan mengenai pembaharuan sistem pilihan raya...Itu sebabnya mereka mahu menggambarkan kononnya kita sebagai kerajaan autokratik , sebenarnya mereka mahu merampas kuasa daripada kita yang dipilih oleh rakyat ”

3- Di manakah kebenaran kata-kata DS Najib ini? Apa kah bukti nya? Mari kita lihat apakah hasil dari rusuhan Bersih pada 9 July lepas di mata dunia.

4- Trend atau paten rampasan kuasa di Timur Tengah dan di negara-negara Islam yang lain adalah hasil hasutan puak-puak luar seperti CIA dan Mossad di dalam pelbagai bentuk dan cara dan juga bantuan kewangan. Trend dan paten yang sama juga turut berlaku di Malaysia yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Buktinya?  Kajian dan selidikan terperinci boleh didapati jika pembaca menyelongkar kazanah yang terdapat di AnwarAidc >

5- Hari ini dengan  jelas ia menunjukan tembelang pemberontakan ala-ala Mesir yang telah dibangkitkan secara besar-besaran apabila sekutu kuat dan kawan karib Anwar iaitu John R Malott, bekas duta Amerika Syarikat  ke Malaysia berkata negara-negara demokrasi dan kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika perlu menyokong usaha digerakkan rakyat menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

6- Kita lihat bagaimana Malott membatu-apikan dan membuat seruan suara-suara dajal seperti yang selalu kita dengar di Timur Tengah sebelum kejatuhan pemimpin-pemimpin mereka satu persatu di tangan pemberontak melalui rampasan kuasa.

“Amerika Syarikat mempunyai banyak kepentingan di Malaysia, salah satunya ialah membantu memperkukuhkan demokrasi dan keluhuran undang-undang ”

“Ini adalah detik bagi Amerika Syarikat,  yang menamakan pemimpin Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan sebagai Wanita Antarabangsa Berani pada tahun 2009,  memperlihatkan keberanian yang sama dan melakukan perubahan dalam kehidupan sebuah negara ” - Hasutan John Malott

6- Oleh itu apabila DS Najib menyuarakan, “sebenarnya mereka (Anwar) mahu merampas kuasa daripada kita yang dipilih oleh rakyat ” adalah benar sebenar-benarnya.

7- Mungkin saudara pembaca perasaan atau tidak, kenapakah bapak syaitan Amerika sehingga kini masih berdiam diri dan memberi respond dingin terhadap semua bisikan anak-anak syaitan mereka. Ini termasuk hasutan Anwar sendiri, walaupun dananya masih mengalir masuk ke Malaysia.

8- Jawapan nya cukup mudah. Ini adalah kerana DS Najib telah membuat jalan pintas terkehadapn dari Anwar dengan menjalin hubungan yang lebih akrab dengan bapak syaitan Amerika. Ini kita ketahui cukup berhasil dan mengecewakan Anwar sehingga kini.

Ingin membaca apa kata John R Malott, sila ke Asia Pacific Bulletin APB, terbitan East-West Center yang boleh di baca di ruang Raja Petra>

2 comments:

  1. Salam HH,
    Malott bengang dengan US yang buat tak kisah isu bersih, dia hentam pulak Malaysia. Patut canangkan yang Malott Yahudi US yang paling akrab dengan Nuar.

    ReplyDelete
  2. Teng:-)

    OK Boss. Kita akan canang.
    Canang bunyi macam canai Boss.

    Rasa-rasa dia gian roti canai kedai mamak kat Ampang tu kot, Boss:-)

    ReplyDelete