1- Berikut ialah sebahagian soalan yang di
ajukan kepada bekas sahabat karib Anwar oleh Aidc yang berbunyi;
Prof
melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti
dewa?
“Memang. Cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya.
Semasa saya dalam parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini”
“Saya masih ingat,
saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan. Dan peristiwa yang saya
maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan, di Janda Baik, Pahang
yang dirasmikan oleh Dr. Wan Azizah”
“Saya dijemput
sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti
ada dalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat. Saya
membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbalan Presiden parti
semata-mata, tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik. Kerana itu
adalah latar belakang saya”
“Saya kata, pemujaan terhadap
individu itu akan merugikan pergerakan. Kita harus menilai
pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub. Saya gunakan istilah itu,
‘kita jangan
taksub dengan pemimpin.’
“Selepas saya beri
ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr…, adakah pemimpin
utama kita yang dimaksudkan...”
Salam Tuan ...
ReplyDeleteSebab tu kami di FB menggelarkan Anwar Al Sivaji ... HI HI HI
Hai Tuan Singh:-)
ReplyDeletelama x dengar berita.
Tuan lama x posting. Tuan kat FB mana sekarang?
Boleh saya jengok2.