Multiple Pages

19/07/2011

Ustazah Universiti Azhar Murtad.

Oleh : HHalem.
Semua gara-gara Kerajaann Langit Ayah Pin 
Ustazah Kamariah Ali !

Petikan Bernama seperti di bawah....

1- Pada 20 Julai 2005, para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, dengan bantuan polis, telah menyerbu Kampung Ayah Pin di Daerah Besut, Terengganu dan menahan beberapa pengikut Ayah Pin, termasuk Kamariah.

2- Pada 4 Ogos 2005, Kamariah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas tuduhan melanggar undang-undang Islam mengikut Seksyen 10 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001.

3- Dalam permohonan di Mahkamah Rayuan, Kamariah meminta Mahkamah Persekutuan menentukan sama ada hak untuk menganut mana-mana agama seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan meliputi hak seseorang penganut Islam yang telah mencapai usia dewasa, untuk meninggalkan agama itu. Wanita itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa dia bebas memilih untuk menganut mana-mana agama dan tidak tertakluk kepada perisytiharan atau pengesahan pihak lain.

4- Kamariah juga meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa dia mempunyai hak dan kebebasan beragama seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan mengisytiharkan dirinya tidak lagi beragama Islam dan sebarang undang-undang serta enakmen negeri, yang mempunyai kaitan dengan agama Islam, tidak terpakai bagi dirinya.

Nasib baik Mahkamah Rayuan menolak permohonan beliau. Jika kes ini berjaya, sedap lah ia menjadi ikutan hakim-hakim perundangan selepas ini.


Kerajaan Langit Ayah Pin.






6 comments:

  1. Kes Kamariah ne, lebih kurang kes seorang isteri yang menuntut cerai dari suaminya kerana menyintai lelaki lain, bagi sesetengah lelaki, dia rela mencerai isteri tu dengan cara baik, ada sesetengah lelaki dia sanggup gantung tidak bertali isteri tersebut, itu lah payahnya nak komen mengenai kes Kamariah ne, satu pihak menyentuh Islam & Akidah, satu pihak lagi menyentuh hak asasi & kebebasan, walaubagaimana sekalipun pencegahan adalah penawar untuk mengubatinya, olih itu tindakan mahkamah tinggi syariah Terangganu & mahkamah rayuan adalah betul,walaupun bagi pihak2 tertentu keputusan ini x adil.

    ReplyDelete
  2. Betul, memang payah nak komen:-)

    Antara Islam/Akidah dan Hak Asasi/Kebebsan, yang mana nak pilih?

    ReplyDelete
  3. Jika kita beriman, Islam/Akidah lah pilihan kita.

    ReplyDelete
  4. HH,
    Ilmu adalah satu bab lain dan iman adalah satu bab lain. Ketinggian ilmu seseorang tu bukan pengukur keimanannya. Begitu juga dengan pakaian. Jadi janganlah kita tertipu dengan luaran sahaja.

    ReplyDelete
  5. Betina tua nak mampos ni patut d sumbatkan jer dlm penjara. Rumah suruh pegi kubor panggil mali pun tak tahu nak bertaubat! Mmg sial betul. Neraka Jahanam lah tempat nya. Nau'zubilah!!!

    ReplyDelete
  6. Tuan Teng:-)

    Cukup tinggi falsafah hidup tuan.

    Antara Ilmu dan Iman, kedua-duanya adalah cabang antara satu sama lain.

    Pheeew. Kalah Dr Asri.:-)

    ReplyDelete