Multiple Pages

26/07/2011

Pendedahan Penipuan Exco Amirudin Di Tangoh Kerana Dr Asri.

Oleh : HHalem.
Keangkohan Terserlah

1- Ingatkan malam ini kita akan lakukan lagi satu pendedahan penipuan YB Amiruddin Hamzah, Exco Pas dan Adun Anak Bukit Kedah, dimana majoriti rakyat Kedah dan orang-orang Pas sendiri tidak ketahui tentang penipuan tersebut yang telah berlaku bertahun-tahun. Selepas pendedahan semalam, bagaimana tidak panjang akalnya YB Amir, mengenai lama webnya, hari ini kita telah lihat beliau telah membuang articles-article yang mempelawa orang Pas memasuki skim cepat kaya beliau. Lihat kes penipuan beliau di sini >

Kita akan tangguhkan pendedahan penipuan beliau berikutnya ke masa yang sesuai kerana ia melibatkan maruah beliau. Jangan bimbang kerana ia bukan isu video bogel beliau.

2- Hari ini heboh diperkatakan isu Wahabi Dr Asri. Penulis ada menyentoh mengenai Dr Asri yang lebih menjurus kepada sikap beliau yang lebih ke arah menghasut dan menjadi pemangkin kepada kekecohan dan kekeliruan orang Melayu dan Islam di sini >  
Penulis tidak menyentoh langsong bab Wahabism kerana ia diluar bidang ilmu.

3- Bab Wahabi ini sebenarnya telah di api-apikan oleh Malaysiakini dan Malaysian Insider, dua portal online yang gemar mengapi-apikan orang Melayu dan Islam. Malaysiakini pula memang diketahui dibiayai oleh rangkaian Yahudi luar negara.

4- Kedua portal ini suka menalipon sana sini dengan tujuan mengapi-apikan isu orang Melayu dan Islam. Kegemaran mereka ialah Khairi Jamaludin dan Saifudin,  Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang sepatutnya dipecat oleh Najib. Di rasakan riwayat beliau tidak akan lama untuk pencalonan pada PRU 13 nanti.

5- Jika kita perhatikan betul-betul, Malaysiakini dan Minsider memetik berita dahulu kala yang telah lama untuk mengsensasikan dan membakar fikiran orang-orang Melayu dan Islam. Kesalahan oleh pegawai Jakim yang bernama Zamihan yang telah berlaku sekian lama dibatuapikan semula bertujuan memecahbelahkan sehingga membabitkan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais. Ramai pembaca terlepas pandang yang ini.

6- Dr Asri yang kita telah lama ketahui sikap angkoh dan sombong beliau terus memutarkan lagi isu dengan membakar semangat 40 Iman Muda Umno supaya bangun memberontak. Beliau dengan angkoh mengaitkan dengan Kerajaan Arab Saudi,  ulama Arab dan lulusan Madinah penganas. Terkini beliau tak semena-mena kaitkan dengan pihak polis pula. Beliau memang sah pencetus huru-hara fikiran orang Melayu dan Islam.

7- Nampak atau tidak peranan jahat Malaysiakini dan Minsider yang membakar semangat KJ, Saifudin dan Dr Asri. Gabongan mereka berlima boleh memporak perandakan orang Melayu Islam.

8- Sebenarnya mereka berlima patut dikurung didalam satu lokap. Atau sekurang-kurangnya dua portal tersebut di beri pengajaran yang mereka tidak akan lupakan.

Pengajaran seperti di saman oleh Ummi Hafilda sebanyak RM100 juta.

3 comments:

  1. HH,
    Saya teramat setuju, bahawa isu Wahabi dimainkan untuk menangguk kepada keadaan politik sekarang. Itulah yang saya maksudkan dalam tulisan saya. Diharapkan agar kerajaan tidak terperangkap dengan isu ini. Isu yang sebenarnya ialah sikap Asri, KJ dan Saifudin. Tak kiralah samada mereka Syafie ke, Hambali ke, Wahabi ke, atau apa-apa lah.

    ReplyDelete
  2. Betui Tuan TS:-)

    KJ ni maklum kat pemuda lain supaya jangan masuk frame. Patut la Pemuda lain diam jer.

    Rupa2 nya dia yg nak masuk frame. terlebih lak tu.

    KJ ngn Saifudin nak cari exposure sebelum pilihan raya.

    Kalau over-expose, silap2 tak dilantik bertanding si Saifudin tu.

    Betui Tuan,

    Penyangak dia ialah KJ, Saifudin dn Asri. Fahaman apa pun depa ni serupa jer.

    ReplyDelete
  3. Saya telah lama memerhatikan Dr. Asri ni. Beliau memang lah pemecah perpaduan sesama islam. Bolehkah dia kata ulama lain dangkal ilmu mengenai hadis. Sedangkan pendapat beliau sendiri boleh disangkal.

    ReplyDelete