Oleh : HHalem.
Boleh Mati Kojol Kalau Dengar Hasutan Tiga Sekawan Ini.
Dengar Racun Pun Boleh Mati
1- Hari ini seperti yang kita jangkakan orang
yang pertama dan kedua yang akan melindungi Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul
Abidin setelah beliau disenaraikan sebagai orang yang ‘mengancam ketenteraman
awam’ oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), ialah dua orang sahabat karib dan
member sehaluan beliau iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin (KJ) dan Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.
2- Memang telah dijangka, tiga kawan serangkai
ini akan membawa masalah kepada pentadbiran DS Najib apabila terang-terang
mereka menganggu keputusan yang telah dibuat oleh pentadbiran Najib.
3- Kita lihat apa kata KJ dan Saifuddin
dibawah.
"Pada pendapat saya sebarang langkah melulu terutama di
dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa
penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi
penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima, apatah lagi apabila tuduhan
atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai
pengganas ” kata KJ.
“Pada masa yang sama saya ingin menegaskan bahawa
daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau saya
dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol
dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka moderat bahkan progresif di
dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah ” kata KJ menerusi blognya
4- Kita lihat pula apa kata Saifuddin
“Saya tidak setuju
langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan
sebagai teroris ...Langkah melabelkan ini hanya memecah belahkan umat Islam... dalam Islam ada adab
berbeza pendapat, tapi janganlah kerana
berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai
Wahabi atau teroris ” kata Saifuddin kepada portal kesayangan beliau Minsider.
5- Kita cukup faham kecelupuran KJ dan yang
menjadi kemuskilan ketahap memalukan pentadbiran Najib ialah si Saifuddin ini.
Ada kah beliau bercakap sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau Ahli
Majlis Tertinggi atau pendapat peribadi beliau. Apa pun masyarakat akan berpersepsikan
KJ bercakap bagi pihak Pemuda dan Saifuddin sebagai Menteri. Ini cukup
mengaibkan Najib.
6- KJ dan Saifuddin dan pengikut fahaman
mereka berdua harus sedar mengenai motif dari sudut kebaikan kepada umum dan
bukan hanya kebaikan kepada diri Dr Asri semata-mata. Perkara ini telah
dihalusi oleh MKN begitu rapi sebelum keputusan mengecop dahi Dr Asri sebagai penghasut. Ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum terus
bangun bersilat-silat ikut rentak mereka bertiga.
“Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21
yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam.
Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih
berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan
ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau
rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh
kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.” Cerita lama di sini >
7- Dr Asri di katogarikan sebagai, “boleh menjadi pemangkin
kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan
keselamatan negara.”
8- Mungkin pembaca terpinga-pinga dan
tertanya-tanya apa kah benda itu. Apakah benda Dr Asri lakukan sehingga beliau
dianggap ‘pemangkin’.
Lihat corak dan paten beliau menghasut sehingga menganggu gugat
ketenteraman semua orang. Kali ini beliau cuba kucar kacirkan Umno di saat-saat
PRU 13 menjelang. Porak peranda jika hasutan beliau di ikuti. Hayati hasutan
terkini Dr Asri yang cukup mahir memutarbelitkan kata supaya memihak kepada
beliau.
“Saya tahu mereka ini (40 ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan
menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini”
“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan
mereka dalam parti Umno sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno ”
“(Kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya
dianggap negara pengganas... parti politik tertentu yang menerima bantuan
daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas...sudah pasti lulusan
Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun penawar dibalas
tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik.. ”.
9- Lihat racun yang Dr Asri tabur dan menyerap ke
minda-minda pembaca yang kurang kuat ilmu pertahanan mereka. Jikalau 40 orang
alim-ulama itu termakan rasukan dan racun Dr Asri, mahu porak perandanya dalaman
Umno. Tiada siapa pun mengatakan Kerajaan Arab Saudi, ulama Arab dan lulusan Madinah penganas. Itu hanya
putaran beliau. Lihat racun berbisa dan halus Dr Asri.
10- Jikalau macam ini punya power hasutan Dr Asri,
semua bloggers Umno-BN mahu bungkus dan termakan racun dan mati kojol. Ini akan
menjadi satu kemenagan kepada Pkr-Pas-Dap dan bloggers pembangkang akan senyum
lebar sampai ke telinga.
Itu lah kerja professional Dr Asri dimana orang seperti
beliau ini boleh menjatuhkan sesebuah negara.
Sumber racun-racun dari Minsider
Sumber racun-racun dari Minsider
sijil pun tipu ...banyak pula cakap..
ReplyDeletehttp://al-hanief.blogspot.com/2011/07/kes-ustaz-zamihan-balas-saman-asri.html
HH,
ReplyDelete3 stooges ni memang kita dah maklum. Jangkaan saya semalam tepat. Tapi lagi 1 ni jangan lupa....si Zamihan, dia adalah punca perlagaan agamawan, suka mencari dan mencipta perbezaan melalui publisiti media. Zamihan ni diluar arus politik perdana tetapi targetnya adalah politician. Orang begini juga kena MKN siasat motifnya.
Sijil tipu ni pun saya teragak2 juga nak tulis, sebab x tau baca Arab:-)
ReplyDeleteTuan TS:-)
ReplyDeleteZamihan ni kecik la pulak, tak nampak:-)
Terlepas pandang Tuan.
Dok nampak 3 sekawan ni saja.
Sebab depa ni boleh peningkan Najib.
Dah la dekat PRU 13.
Kepada saudaraku Melayu Islam, "carilah dan hayatilah KEBENARAN". Jangan mencari yang betul sahaja.Yang Benar semestinya betul. Yang Betul belum tentu Benar.
ReplyDeleteFahaman WAHABI Bukan Sesat: Dr Mashitah
ReplyDeleteMajlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Makluman.
ReplyDeleteTulisan di atas tidak menyentoh fahaman Wahabi. Yang sebok-sebok sebut Wahabi ialah KJ, Saifudin, hasil hasutan Malaysiakini dan MInsider.
Nampak gayanya hasutan Malaysiakini dan MInsider telah berjaya keliru fikiran rakyat.
MKN hanya menyentoh Arahan MKN # 21 sahaja iaitu penghasut dan pencetus dan pengacam ke amanan negara.
Dr Asri bersama malaysiakini dn Minsider terus memutar isu Wahabi.
salam bang.asri ni mmg diminati dan dipuja oleh budak2 muda dlm negara dlm luar negara.masa dia cuti sebatikal di uk dulu,dia buat tour ceramah seluruh eropah.byk2 buudak2 muda suka sbb padangan dia agak liberal mudah.mereka yg xde basic ugama mcm saifuddin kj ni mmg suka.asri mana nk ngaku dia wahabi.kunun dia reformis ikut Quran dan Sunnah.dan dia ckp dia sorang yg bukan bermazhab.fine tp heran bila dia berhujah rujuk pulak hujah ulama wahabi.dia tolak pandangan ulama lama.byk lagi rahsia asri dgn geng yg saya tahu.org berak tgh jalan mana nk ngaku.tulah perumpaaan kunun dia bukan wahabi,tp sebenarnya he is.
ReplyDeleteanon 19:41 sila buat kajian apa pandangan akidah puak2 wahabi.nanti anda akan dpt jawapan adakah wahabi sesat atau tidak
ReplyDeleteTuan Mat Din:-)
ReplyDeleteAsri tour Continental sana. Bila tahun eehh?
Tuan Mat Din buat laa blog satu. Khusus untuk dedahkan Asri saja.
Mat Din kat Europe tahun bila?
Mat Din ikut ceramah dia ker?
Maknanya Mat Din pun Wahabi juga ker?
Jangan marah Tuan. Saja tanya-tanya dan cucuk2.
Dedahkan lagi hal Asri.
Buat karangan bersiri, saya poskan di sini.
Selamat mencuba Tuan:-)
elok lah kalau MKN dah sedar. Yang lain-lain perosak agama dan mengancam perpecahan melayu juga mesti di ambil tindakan serius.
ReplyDeletebila dan terantuk baru mengadah bukan kah satu perbuatan yang merugikan...PM Najib perlu segera mencatur permainan politik nya.UMNO mesti di lihat berwibawa semula dalam menterjemah perspektif dan tindakan.Demi Tanah Melayu jua...
bro dia buat sebatical leave lps dia tamat kontrak mufti awal thn 2009 kalau xsilap saya.dan dia ade di uk dr 2009 hingga awal 2010.masa tula gerakan tajdid dia dibuat dilkalangan student kita di uk and eropah.
ReplyDeletesaya xikot bro sbb saya bkn geng2 anak pak wahab.saya ada di europe sejak tahun 2000 hingga sekarang.psl buat blog tu saya xminatla.cuma saya tahu apa asri buat masa dia di uk dulu.
kontrak mufti dia habis dlm okt 2008 lepas tu dia terus buat cutiu sebatikal di uk
ReplyDeleteMat Din Bro:-)
ReplyDeleteBro kat europe semenjak 2000? Awat lama sangat Bro? Dah keje kat sana atau masih belajoo Bro?
Klu dah keje kat sana, tahniah Bro. Mudah-mudahan Bro jadi satu lagi TonyFernandez in-the-making.
Bab anak PakWahab ni, bagus jgn ikut klu masih study lagi. PakJangoat Tabliq kat Bradford tu pun jgn ikut.
Klu dah keje, ikut lah apa pun, kecuali jgn ikut Pas dn Pkr.
Selamat berjuang Bro klu dah keje.
Selamat study klu Bro klu masih belajoo.
siapa yang mengangkat dan iktiraf Asri sebagai ilmuan dan cdnekiawan Islam????. Kitab karangan beliau menjadi rujukan ulama dan masyarakat Islam antarabangsa ka?...Adakah beliau setara Imam Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali??? Maka jelas Asri sama juga seperti orang lain seorang oportunis dan gila glamour, jika gentleman, letak jawatan kerajaan, masuk ke gelanggang politik sebenar, jangan berselindung disebalik jawatan pensyarah, namun dalam hati terkinja-kinja dan tergila gila nak glamour atas pentas politik..Ada berani ka Dr Asri????
ReplyDelete