Multiple Pages

02/07/2011

Polis Ada Senjata ISA Dan Darurat. Kemudian Istihar BERSIH Pertubuhan Haram. Ada Lagi Selepas Ini?

Oleh : HHalem

1- Kerajaan telah bersedia dengan pelbagai senjata untuk menahan perusuh-perusuh negara menjelang kepada Rusuhan Bersih 2.0 pada 9hb Julai nanti. Yang mungkin pelik sedikit ialah ISA masih belum di gunakan lagi. Mungkin juga kerana ISA amat sensitif untuk digunakan buat ketika ini.

2- Sebagai ganti dan buat pertama kali kesekian lama nya, kerajaan telah mengunakan Ordinan Darurat untuk menahan 6 orang dari Parti Sosialis dan telah dibawah ke Bukit Aman untuk tahanan selama 60 hari. Ia lebih dahsyat dari ISA.>

3- Tidak cukup dengan ISA dan Ordinan Darurat, Putrajaya hari ini (2hb Julai) mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram. Kata Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman (Bekas Ketua Pengarah Imigresen?).

“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2 0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (Akta Pertubuhan) 1966 berkuat kuasa 1 Julai semalam ”

4- Pertubuhan menyalahi undang-undang bermakna segala aktiviti adalah haram, termasuk berkumpul, bermesyuarat dan berceramah. Mudah lah pihak polis menangkap Jawatankuasa Bersih beramai-ramai. Selepas 1hb maka Akta Pertubuhan Haram akan digunakan pula untuk mengepong Jawatankuasa Bersih beramai-ramai.

5- Alasan untuk menangkap Jawatankuasa Bersih adalah seperti kata Abdul Rahman berikut;

“Bersih 2 0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara,  bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam,  keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara,  malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum”

6- Selepas polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2 0,  lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan.

“Kita menunggu berita penahanan selanjutnya malam ini”

Sumber utama Malaysian Insider

6 comments:

  1. semua awk ni jahil dan sesat.
    org nak bawak kbenarn kenapa awk tidak sokong.
    islam tu kbenaran..tolak kbenarn makna toalk Islam..
    awk mati dlm Umeno-UPCO...mati sia2...amalan awk Tuan Guru dah sebut...tidak boleh bawak masuk kubor..

    ReplyDelete
  2. Salam HH,
    Harap Pok Nik tak keluar fatwa pulak nanti mengatakan BERSIH halal.

    ReplyDelete
  3. Kepada Terunapondoktimur,



    Pergilah tidor sebantal dgn ambiga sang pemurtad, lebih afdal untuk awk daripada berkomen dgn akal singkat awk kat sini.



    Orang PAS dah tak layak bercakap mengenai ISLAM! Tok Guru awk tu di iktiraf oleh seluruh dunia Islam ke?



    Dah berapa banyak kitab yg dia dah karang yg diterima pakai diseluruh dunia yg dia dok berfatwa ikut nafsu-nafsi politik PAS tu ada ke taraf dia setinggi Al Sayyed Qutb, yg banyak sumbangan kepada umat Islam sedunia.



    Guna akal yg Allah SWT beri, bila akhir2 ni dah nampak tembelang PAS yang menggunakan nama Islam untuk keuntungan politik selama puluhan tahun menipu pengikut nya.



    Awi

    ReplyDelete
  4. baru sekarang nak buat ishishish kesian melayu terjun ngan labunya hehehe

    ReplyDelete
  5. Tuan Teruna:-)

    Fikiran dan blog anda cukup menarik.

    Anda mengitiraf Hindu Ambiga Kafir sebagai Kepala dan Pemimpin BERSIH.

    Mengitiraf Kafir sebagai pemimpin bermakna anda Tidak mengitiraf Tok Guru Nik Aziz dan Hadi sebagai pemimpin Islam. Bertaubat segera!!

    Tidak mengitiraf Tok Guru & Hadi bermakna anda sanjung orang Kafir.

    Apabila anda Sanjung Kafir bermakna anda tidak iktiraf Islam.

    Pembaca-pembaca perlu baca blog Tuan Teruna yang dah berfikiran celaru.
    Fikiran bercelaru di jawab dengan jawab bercelaru.

    Teruna,

    Orang mana nak bawa kebenaran?
    Hindu Ambiga nak bawa Kebenaran?

    Tok Guru mana yg ajar Teruna yg Hindu Kafir Ambiga bawa kebenaran?

    Jika Tok Guru Nik Aziz & Hadi yang ajar Teruna bahawa Hindu Kafir Ambiga yg bawa Kebenaran, maka Teruna tersilap Tok Guru. Sila cari Tok Guru yang lain segera sebelum terpesong akidah.

    Teruna sebut, ‘tolak kebenaran makna tolak Islam’

    Pemimpin Islam bawa kebenaran, bukan Hindu Kafir Ambiga.
    Teruna iktiraf Hindu Kafir maka Teruna tolak pemimpin Islam.
    Teruna dah tolak kebenaran makna Teruna dah tolak Islam.

    TERUNA TOLAK ISLAM !!!!! MENGUCAP !!!

    ReplyDelete
  6. Tuan Enal:-)

    Pok Nik balik 10hb dari Timur Tengah, tak sempat keluar paktua.

    Pemimpin Islam mana ada keluar negara masa kecemasan dalam negeri sendiri, kecuali Pok Nick dan KJ.

    Sultan keluar negara ke Singapura berbulan-bulan dulu dia kecoh. Dia keluar masa nak kecoh OK lah.

    ReplyDelete