Multiple Pages

03/07/2011

Zahrain:- ‘Pkr Parti Tokong’ . ‘Meminta Kristain Jadi PM Memang Berlaku’

Oleh : HHalem

1- Wawancara khas AIDC di Parlimen dengan DS Zahrain Mohd Hashim apda 23 Jun 2011.

2- Beliau ditanya oleh Aidc apa yang di maksudkan bahawa Pkr sekarang dah hancur. DS Zahrain juga mengulas mengenai pemecatan 29 orang kuat PKR. Beliau juga mengulas mengenai Isu Kristain China Penang mahukan PM dari golongan orang Kristain.


Aidc: (Pkr) Hancur?

Dah hancur. Saya bagitahu awal dulu, hujung tahun ini PKR akan hancur. Akan tutup kedai.

Tapi nampak sekarang ni, dok jadi. Satu..satu

Baru-baru ni, Johnson Chong. Dia dipecat oleh parti. Pecat sebab mempersoalkan dan bertanya. Johnson Chong banyak pengorbanannya untuk parti.

Aidc: Datuk kenal dia (Johnson) ?

Kenal. Saya kenal dia. Dia terlibat dalam jentera parti masa pilihan raya, masa ceramah, masa perjumpaan parti dengan rakyat dan sebagainya, dia turun padang. Dia banyak kerja untuk parti.

Dia pernah jadi Timbalan Setiausaha Agung pun.

Orang seperti begini, tidak diendah dan terus dipecat daripada parti. Bermakna, apa nak jadi kepada PKR ni?

Kalau PKR hanya dikelilingi oleh pemimpin yang taksub kepada Anwar, yang anggap Anwar idola yang terlalu hebat… PKR ni jadi ‘parti tokong’ lah. Parti idola, ‘parti tokong.’

Jadi, tak relevan. Dan kalau PKR tak relevan dan Pas pun kucar-kacir, yang akan berkuasa ialah DAP. Jadi, ini akan berlaku.

Anwar, dia tak kisah. Sebab dia.. DAP pun tahu, depa nak memerintah, depa perlu satu Melayu yang boleh jadi kuda tunggangan.

Dan hari ini, bukan Anwar yang berkuasa. Anwar hanya kuda tunggangan DAP untuk berkuasa di negara kita.

Sebab itu, isu-isu sensitif terhadap orang Melayu..orang Islam, diperkecilkan oleh DAP.

Isu tentang Kristian, nak kata benda tu tak berlaku, memang berlaku. Di mana mereka berdoa, berjanji dengan satu kumpulan yang meminta Perdana Menteri Malaysia, (supaya) datang daripada kalangan orang Kristian.

Ini main kurang ajar.

DAP tak peduli. Dia menentang Melayu. Ini jelas. Dia tak boleh terima, Melayu sebagai yang ada hak kepentingan di negara ini. Dia mendesak supaya semua kaum sama.

Jadi, kalau Anwar boleh tidak endahkan isu ini, sebab ketagihan nak jadi Perdana Menteri, sanggup bekerja, bersengkokol dengan DAP, bagi saya, pengkhianat bangsa lah.


No comments:

Post a Comment