Multiple Pages

19/07/2011

Rais Terangkan Lucut Kerakyatan Ambiga. Ada Peluang atau Tidak?

Oleh : HHalem.
1- Rais Yatim yang di anggap pakar Perlembagaan Persekutuan akhirnya membuka suara disaat akhir dimana rakyat meminta Ambiga dilucut kerakyatan kerana menjadi penyebab mengator rusuhan Bersih pada 9 July.

2- Penjelasan beliau agak terlewat kerana Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Beruas, sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Pengerusi ‘Bersih’, Ambiga yang menganjurkan perhimpunan haram dilucutkan kerakyatan diatas sebab ;
a- menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong,
b- menyusahkan pasukan keselamatan,
c- memecahbelahkan orang Melayu,
d- merugikan ekonomi negara dan
e- menerima dana asing.

3- Rais memberi penjelasan bahawa;

a- Undang-Undang Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menghina atau mencaci mencerca YDP Agong.

b-  Kategori perlucutan kerakyatan ialah kerakyatan jenis pendaftaran dan tidak terhadap kerakyatan melalui operasi undang-undang. Membawa maksud bahawa mereka yang lahir di Malaysia tidak boleh dibuang negeri walaupun menghina dan mencaci Agong atau merancang menentang baginda.

c- Mereka yang lahir di Malaysia tetapi memperoleh status kewarganegaraan negara asing baru lah boleh dilucutkan kewarganegaraannya.

“Yang menjadi persoalan hari ini ialah penguatkuasaan yang agak lemah dan teragak-agak. Perbuatan yang menghina Agong adalah sama seperti menghina negara"

“Melucutkan kerakyatan hanya boleh dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri jika seseorang itu telah menunjukkan tidak lagi menumpahkan taat setia kepada Malaysia,” Rais Yatim>

4- Jadi sebagai rumusannya, pihak KDN Hishamuddin perlulah membukti bahawa Ambiga menghina atau mencaci mencerca Yang di-Pertuan Agong untuk diambil tindakan Undang Kanun Keseksaan, tetapi tidak boleh dilucut kerakyatan.

5- Untuk melucutkan kerakyatan Ambiga, KDN perlu buktikan Ambiga telah memohon dan mendapat kerakyatan negara asing.

6- Dengan kata lain, Ambiga tetap bebas berjalan-jalan di Tanah Melayu, setelah melakukan kerosakan yang tidak terbilang terhadap semua pihak. Beliau masih lagi boleh memberi amaran dengan angkohnya kepada sesiapa yang mengganggu beliau.

3 comments:

  1. kena tanya lak berapa ramai orang yg berkerja di singapura telah mempunyai dua kerakyatan.

    ReplyDelete
  2. Menteri KDN berani ker?sikit AMARAN skit2 AMARAN tp takde tindakan yang betul2 diambil stakat tahan jer tak guna..Nak tunggu BERSHIT 3 baru nak mula bertindak ker?sekiranya rakyat DIUTAMAKAN,menteri KDN perlu mendengar suara majoriti rakyat bukan takot kepada penderhaka negara

    ReplyDelete
  3. mnteri kdn tu mcmm barua gangster je..tu yg kne tutop mulut..wallahuallam...

    ReplyDelete