Oleh : HHalem.
1- TS Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD), melibatkan diri beliau dengan pengharaman kumpulan Bersih 2.0, apabila
beliau turut mengeluarkan arahan supaya Permit Sementara bagi bas untuk membawa penumpang
dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang, khususnya ibu
negara, hujung minggu ini supaya dibekukan. Ini adalah langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih
Sabtu ini
2- Langkah itu semata-mata bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas di ibu negara yang berkuatkuasa mulai tengah malam esok (Jumaat).
Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan
termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kata Syed Hamid lagi;
“Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan Sabtu
ini, cuma tidak mahu menambah masalah
lalu lintas ”
3- Satu lagi tamparan hebat oleh pihak berkuasa
kepada Ambiga yang membuat beliau terus menangis sendirian tidak berlagu. Beliau telah
mengalami jalan-jalan buntu yang teramat sangat. Setakat ini Jalan Buntu telah mencecah ke 5, lihat di sini>.
4- Apa lagi jentera kerajaan yang boleh dipakai
untuk menyekat kemaraan Anwar untuk menakluk Putrajaya secara kotor? Contoh nya
Biasiswa pelajar di tarik balik dan kakitangan kerajaan diberi surat tunjuk
sebab.
5- Kotor
lawan kotor, itu lah kebebasan dan keadilan namanya.
“Hidup Najib !! Hidup Umno !!”
5- Kotor lawan kotor, itu lah kebebasan dan keadilan namanya.
ReplyDeleteulasan : syukur, tk perlu ada syurga dan neraka dan tk perlu ada tuhan untuk mengadili apabila keadilan diterjemah ikut nafsu sendiri.
Posting yg kurang menyerlah.
ReplyDeleteBetul tu, banyak lagi cara yg boleh dilakukan supaya dgn tidak langsung membantutkan usaha puak2 yg nak berdemo tu! aku sokong 100%! di luar sana ramai lagi rakyat M'sia yg berdisiplin dan menjunjung kedaulatan undang2 negara! yg nak berdemo tu cuma hampas yg tak tau bersyukur! mereka hanya 0.0003 peratus drp penduduk M'sia!
ReplyDeleteSyed Hamid tolong memBERSIHkan bas-bas yang tak sepatutnya mengotorkan ibunegara.
ReplyDelete