Multiple Pages

07/07/2011

Video Menunjukan Parti Politik Menguasai Bersih. Tak Mungkin Kedutaan Asing Terlibat.

Oleh : HHalem.
Siang-siang KitSiang Pakai Spect Hitam


Nampak benar yang Himpunan Jalanan ala-10-11-2007,  adalah buah fikiran Parti Pembangkang yang diuruskan atas platform Bersih 2.0 di kepalai Ambiga.

Disatu pihak pula Ambiga bermati-matian menafikan ia ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Dari video di atas didapati semua wakil-wakil parti politik pembangkang turun dan membuat press conference sebelum mereka berjumpa dengan Kedutaan Luar Negara. Seolah-olah mereka menetapkan segala rancangan Bersih. Kalau tidak pun Anwar telah mengambil alih tugas Ambiga.

Apa cerita kedutaan luar negara ini?

Kenapa pembangkang berjumpa kedutaan asing?

Kenapa tidak Jkuasa Bersih yang turun berjumpa?

Disahkan bahawa Jkuasa Bersih 2.0 adalah dibawah naugan dan kawalan Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat.

Mungkin untuk membuat taklimat dan memberi jaminan kepada kedutaan bahawa mereka berniat aman. Kemungkinan juga kedutaan mengambil bahagian bersama Bersih. Kebarangkalian itu ada tetapi amat mustahil memandangkan hubungan diplomatik akan tergugat jika ia berlaku.

Atau mungkin terdapat motif-motif lain.

No comments:

Post a Comment