Oleh : HHalem.
Sekali Karpal batuk, Pok Nick dah
berlawak jenaka.
1- Tok Guru Nik Aziz Nik Mat akhirnya bersuara
mengenai perbincangan melantik KuLi sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Anwar.
"Lawak jenaka!, Itulah
saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan
perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan
Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim”
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini,
tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan
diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak,"
katanya melalui Facebook. – Harakah
2- Cukup hairan dan menjadi satu trend yang
tidak dapat disembunyikan lagi iaitu Pok Nick, begitu juga MB Azizan sebelum
ini, terus gelabah dan memberi respond sebaik sahaja Karpal Singh batok dan
berdeham. Itu belum lagi Kitsiang yang tengah buta sekarang membuka matanya.
3- Atas nasihat Pok Nick, supaya menulis
perkara betul dan benar dibulan Ramadan, maka diperturunkan di sini cerita
benar bagaimana Karpal capek dapat mengerunkan Pas se Malaysia dengan batokkan kecil
beliau.
“Razaleigh should not attempt
to take over Anwar's place as Opposition Leader” The Star>
4- Karpal tahu, ada cubaan dan rancangan oleh
KuLi untuk mengambil alih.
5- Kenapa KuLi belum bersuara?
Beliau tengah test market sekarang, tengok respond semua
pihak.
Baik kalo, boleh ON. Tak baik kalo, nafikan.
No comments:
Post a Comment