Multiple Pages

01/08/2011

Video:- MB Azizan Penakut Pait Dengan Ubat. Angiogram.

Oleh : HHalem.

1- Terkejut dan tergempar besar apabila membaca posting-posting rakan seperjuangan mengenai Datuk MB Azizan masuk IJN kerana saloran darah dijantong tersumbat.

2- Cari punya cari terjumpa lah satu article yang 200 % konpom dari Utusan. Mana lah tahu kawan-kawan ni nak perdajeyyy MB yang kami orang Kedah cukup jaga, supaya mudah kami belasah.

3- Jaga supaya jangan jadi musibah menimpa diri beliau. Jika beliau bermusibah, maka kami tiada lagi tempat bergantong harapan, tempat melepas geram dan tempat membelasah.

4- Oleh itu Tok Zan, cepat-cepat lah buat segera ‘Angiogram’, supaya semboh segera. Ubat tu jangan lupa dok telan nooo. Tok Jan dengan ubat ni penakut pait.
Coronary Angiography

MB Kedah jalani rawatan di IJN, keadaan kesihatan stabil

01/08/2011 6:43pm - Utusan

ALOR SETAR 1 Ogos – Kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Helmi berkata, doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment