Multiple Pages

18/08/2011

Baginda Sultan Selangor Murka Dan Menempelak Pas-Pkr-Dap. Kerajaan Selangor Di Bantai Hidup-Hidup.

Oleh : HHalem.
Sultan Selangor adalah ketua agama Islam bagi negeri
mengikut Perlembagaan Persekutuan and Negeri.

1- Kemurkaan baginda terhadap tindak tanduk Pas-Pkr-Dap yang mempertikaikan tindakan Jais telah disampaikan oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib, kepada mereka-mereka yang engkar.

2- Mohd Adzib Isa berkata mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri. Ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais”

“Jais adalah badan bebas tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran ”

2- Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada”

“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini ”

3- Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam”

“Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor ”  

“Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais”

4- Semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham. Kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu

“Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk ”

5- Lambat pulak Mohd Adzib mengeluarkan statement dari Istana kerana rakyat telah berperang kerana buta-kayunya pemimpin Pas-Pkr yang dirasuk oleh Komunis Dap.

6- Kepada penganut taksub yang belum terbuka minda diharap ia dapat membuka sedikit ruang kefahaman.

Sumber utama Minsider.

5 comments:

  1. daulat tuanku..baru kau tau khalid gagap yang tuanku sudah murka..dasar MB muka jamban..demi sekeping undi dari golongan kafir si kalid gagap dan khalid gereja sanggup jual agama

    ReplyDelete
  2. muka jamban ni memang muka tebal 3 inci. sultan murkapun dia buat 'dek' je. apalah malang negeriku ada mb mcm tiang jamban...

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku,

    Pohon satu je, pecat TS Khalid Ibrahim dan lantik Datuk Hasan Ali sebagai MB supaya ugama Islam terbela di Selangor Darul Ehsan.

    Daulat Tuanku.
    Daulat Tuanku.
    Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  4. perak,selangor dan negeri negeri lain yg bersultan dan beraja puak puak pembankang babi tak perduli mereka tetap melawan sultan mereka semua tak tahu siapa yg berdiri teguh di belakang sultan dan raja kalau bukan orang melayu yg setia kepada raja.melayu pas/pkr bukan melayu yg setia kepada raja dan negara mereka ini melayu bermuka monyet itu lah pas dan pkr (MONYET BERMUKA PUTIH)

    ReplyDelete
  5. Pohon perkenan Tuanku Sultan, menarik balik pingat2 darjah kebesaran Negeri Selangor yang telah dianugerahkan kepada penderhaka2 tersebut.

    ReplyDelete