Multiple Pages

27/08/2011

Dakwat Kekal. Apakah Muslihat SPR Mengalah Kepada BERSIH.

Oleh : HHalem.

1-  Pengerusinya, TS Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan SPR akan mengkaji dengan terperinci cadangan pengunaan dakwat kekal sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

"Kita memang akan pertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal secara serius. Kalaulah itu (dakwat kekal) yang paling baik dan selamat... kita boleh guna” – Abdul Aziz

2- Untuk tidak menunjukan seolah-olah tunduk kepada ugutan Bersih dan untuk mengembirakan hati puak-puak Bersih, Abdul Aziz menambah;

"Ada kemungkinan juga kita gunakan kedua-duanya sekali (dakwat kekal dan biometrik). Ini bagi membuktikan ketelusan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil”

"Kalau terpaksa guna dua-dua kita akan pertimbangkan. Sekiranya ia terjadi, maka ia sudah pasti dapat puaskan hati semua pihak,"

"Aspek perundangan perlu jelas sebab kita tak mahu nanti ada pengundi yang datang mengundi tapi tidak mahu jari atau kuku mereka dicalit atau dicelup dengan dakwat atas pelbagai alasan”

"Sebab itu kalau kita putuskan untuk menggunakan dakwat kekal, ia perlu dijadikan sebagai undang-undang," – Abdul Aziz.

3- Dengan penggunaan dakwat kekal, sanggupkah SPR menerima kritikan pakcik makcik bahawa ia boleh menggangu pengambilan air sembahyang?

4- Malah penganut-penganut Pas sendiri akan mengutuk dan menuduh dengan lantang bahawa SPR jahil mengenai hukum-hakam mengambil air sembahyang. Perkara ini telah lama di riuh-rendahkan semenjak PRU 12 lagi.

5- Pas akan menimbulkan pula pelbagai pertikian nanti seperti samada jari tangan sebelah kanan atau kiri patut digunakan.

6- Sebenarnya, apa yang dibuat pemerintah kesemuanya tidak kena pada mata Pas-Pkr-Dap. Mereka membangkang apa sahaja semata-mata kerana syok membangkang. 

Nota: Article ini di tulis di restoran sebelah rumah di Alor Setar dengan keadaan daif kerana Broadband telah tertinggal di KL.

7 comments:

  1. Salam Tuan Hhalem,

    1. Dakwat Kekal
    Dalam keadaan macam mana sekali pun, jikalau kita gunakan Dakwat Kekal Dan Pakatan Haram kalah, maka ini adalah konspirasi jahat Umno.

    Manakala jikalau Pakatan Haram menang, maka hak rakyat yg menentukan Akan kemenangan ini.

    Golongan yg tidak tahu bersyukor Akan nikmat Allah di bumi bertuah Malaysia
    Yg mana tidak ada org mati kebuluran, perkauman yg meruncing dsb..Akan sentiasa menyalak bukit Tanpa sebab!

    ARK2

    ReplyDelete
  2. Saudara HHalem, kalau betui dakwat kekal akan digunakan pada PRU13 nanti, aku ingat x mahu keluar menggundi dah, buat kotor tangan sahaja, macam hindu paria pakai, sebab tulah Ambiga beriya-riya sangat mahukannya, dia cuba menghindukan kita secara halus.

    ReplyDelete
  3. Salam HH,
    Punya le seronok nak balik kg, sampai bb tertinggal...ha...ha...ha.
    Rasanya nanti puak Pakatan akan mintak dakwat kuning pulak. Jenuh juga SPR nak cari dakwat kuning tu nanti.
    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  4. pada aku boleh je nak guna dawat kekal .. tak de masalah .. bukan menunjukan sprm takut ngan bersih pun tapi .. ada tapinya bukanlah kewajipan

    adalah pilihan pengundi :).. sama ada nak guna dakwat atau biomektrik ..

    jadi kat situ selain kita mengundi adun dan ahli parlimen

    kita juga boleh dapat undi sapa yang sokong biometrik atau dakwat kekal

    ReplyDelete
  5. macamana orang islam. bole sembahyang ke sepanjang hari tu bila celup jari kat dakwat kekal, sah ke wuduk ?

    pas ni bodoh ke ?

    biometrik lebih afdal bagi yg betul2 beragama islam...
    penyokong tegar pas ni islam ke.. nak sangat celup jari ni?

    ReplyDelete
  6. sebenarnya, apa yg kita praktikkan selama ni dah elok pun...cuma perlu ditambah baik aje..

    Nak guna dakwat, byk jugak masalah.
    Contoh : kalau ada org nak sabotaj seseorng supaya tak boleh mengundi, malam semasa tidur takut ada org akan warnakan jari dia dgn dakwat kekal..akibatnya, esok pagi tak boleh mengundi sebab nanti org kata dia dah mengundi..

    Atau ada makcik makcik atau org yg tak tahu semasa dlm perjalanan ketempat mengundi disabotaj oleh org tak bertanggungjawab dgn mewarnakan jari dgn dakwat kekal..Akibatnya tak dpt mengundi..

    Hak mengundi boleh hilang sekiranya ada org bawak masuk dakwat yg sama yg digunakan oleh SPR dan mewarnakan jari org org ygtertentu supaya tidak dpt mengundi dan seterusnya mengurangkan jumlah sokongan kepada parti tertentu...

    Biometrik - kelemahan ialah kadang kadang scanner tak berfungsi. Tapi sebenarnya lebih baik dari dakwat. Semua immegresen antrabngsa di barat guna biometrik...di US, biometrik telah menghalang org yg menggunakan nama berlainan dan passport yg berbeza utk masuk ke US..ini dilakukan selepas sept 11

    ReplyDelete
  7. Guna jer dua2 jadi takder sapa boleh kata apa2...

    ReplyDelete