Multiple Pages

27/08/2011

Hassan Ali Kecoh Lagi. Unit Selamat Akidah. Punya lah Samdol.

Oleh : HHalem.

1- Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

2- Hasan memaklumkan, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."

3- Hassan Ali menyatakan ia timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

4- Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.

"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.

"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.

"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," – Hassan Ali ditulis Mkini.

5- Hassan berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.

6- Unit Selamat Akidah (USA) ??? Biar betul orang-orang Pas ni. Nama unit pun dengan tersendirinya sudah cukup memalukan dan menunjukan Hassan Ali dan Khalid Gagap tidak bersungguh-sungguh untuk membantu orang-orang Islam.

7- Cuba bayangkan jika anda seorang Islam betul-betul memerlukan bantuan. Nama unit sudah membuat anda tersentap-tersentot-tersentak dan malu untuk pergi mendapatkan bantuan.

8- Cuba bayangkan perbualan di bawah diantara seorang kerani Unit Selamat Akidah dan anda yang memerlukan bantuan.

Kerani: “Boleh saya bantu encik. Encik perlu bantuan apa disini?”
Anda: “Saya datang kesini untuk mendapat bantuan kewangan dari US Akidah”
Kerani: “Ooooo. Akidah encik perlu diselamatkan yeer” Sambil tersenyum.
Anda: “Tidak akidah saya OK. Tapi saya perlu bantuan kewangan sahaja”
Kerani: “Ooooo. Jikalau macam tu encik tidak layak kerana bantuan kami hanya kepada mereka yang hampir rosak akidah akibat gereja kristian. Nama pun unit selamat akidah, encik tak faham ker?”

Apakah jawapan anda yang terakhir? Ada kah anda balik bagitu sahaja dengan memaki hamun kerani tersebut dan terus ke gereja meminta bantuan kewangan atau pun anda akan berkata;

Anda: “Baik lah. Akidah saya hampir terosak akibat rasukan gereja dan saya hampir-hampir ambil wang dari gereja”

Kerani: “Jika macam tu, encik isi borang ini dan sign. Secara automatik encik telah mengaku bahawa akidah encik akan rosak. Masukan nama gereja sekali supaya kami boleh siasat. Oleh itu encik perlu ditarbiah terlebih dahulu sebelum bantuan RM100 diberi kepada encik.”

Anda pun balik dengan pengakuan bahawa akidah anda perlu diselamatkan untuk mendapatkan bantuan kewangan.

9- Pas-Pkr Selangor dibawah Khalid Gagap membuat lawak terbesar selepas Mat Sabu. Mungkin besok atau lusa nama unit tersebut akan bertukar seperti mana penukaran nama Majlis Syura ke Jawatankuasa Pendengaran (Hearing Committee).

Nota: Di tulis dari Gurney Drive, Penang. 
Kedai mamak roti nan Kapitan.

5 comments:

  1. JAIS pun dah cukup, sebab tu JAIS pergi siasat dan bersungguh2 nak jumpa 12 orang tu. Yang penting kerajaan Selangor back-up JAIS. Tak perlu pun nak tubuh unit baru - nak cari orang lagi, bayar gaji lagi. Kan bagus duit2 tu jadi duit bantuan.

    ReplyDelete
  2. Jelasnya, konon nak jadi negeri berkebajikan, nak bantu orang, tapi cara nak bagi tak ikhlas.

    ReplyDelete
  3. pas dah x ade taring pun . . . dah jd barua dap dan pkr.

    ReplyDelete
  4. Tubuh apa pun x apa, janji Agama Islam & rakyat miskin Islam terbela, semperna malam raya ne lebih baik kita ambil sikap positif, mempertahankan Islam dengan sikap rasional,tanpa mencampur aduk dgn politik, buat saudara HHalem & peminat blog. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kepada semua Muslimin dan Muslimat..
    Alhamdulillah unit di tubuhkan.. Sbelum kita tuduh melulu.. Apa kata cuba call tgk unit ni.. test call apa respon dan action dia.. Sinar Harian da cuba buat 5 call, menyamar jadi org susah.. Tiada sorg pon antara individu2 yg bertanggungjawab ni bertanya pasal aqidah.. Bagi penjelasan dan sebgainya..Mereka cuba membantu dari segi ekonomi, tatkala orang melayu islam hanya pandai bersuara dari belakang dan bayar zakat pon liat.. Ketepikan dulu soal politik.. aqidah dan ekonomi umat islam harus diutamakan.. Kalo benda baik dikritik dan mungkar dianggap biasa.. memang rosak akhlak kita.. Salam aidilfitri.. semoga ibadah kita diterima dan diampunkan Allah di bulan ramadhan tahun ni.. Amin

    ReplyDelete