Multiple Pages

05/08/2011

DS Hisham Sembunyikan Pesalah. Datin Jariah Pula Lemah Tenaga Batin.

Oleh : HHalem.
Datin Hajjah Jariah Binti Hj Mohd Said,
Jawatan JUSA B (M)
Bertukar ke JPN   pada 22-06-2011
Lahir 2 Mei 1954 di Matang, Perak.
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya.

Punca segala masalah sekarang ialah cirit birit bekas KP Datuk Alwi Ibrahim yang bertugas sekarang sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN,  dimana Datin Jariah kena bereskan cirit birit Datuk Alwi.
Datuk Alwi Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN

1- Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said akhirnya bersuara mengenai kes MyPR-MyKad Mismah yang hangat diperkatakan semalam di sini >

2- Ini kata Datin Jariah, yang agak lemah tenaga batin.
Rekod JPN menunjukkan kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” – Datin Jariah

3- Jariah berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah itu, Menteri Dalam Negeri, DS Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 permohonan.

4- Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:
Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16:  Lahir di Malaysia sebelum 31 Ogos 1957.
Perkara 19: Warga Asing yang telah menetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

5- PAS hari ini pula terus mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

6- Datin Jariah tidak menjawap soalan kenapa semenjak 31 January 2011, pengkalan data didalam laman web masih lagi menunjukan Mismah sebagai pendudukan tetap kemudian dengan sekelip mata bertukar menjadi biru kepada warganegara. Itu punca yang menjadi masalah sebenarnya yang memberi peluang kepada pembangkang membesarkan perkara tersebut.

7- Pengkalan Data JPN tidak di update merupakan kelemahan Datin Jariah, mungkin beliau perlu ditukar-ganti kepada yang lebih efisen. Perlu diingat juga bahawa Datuk Alwi lah manusia yang meninggalkan cirit birit didalam JPN dimana pengkalan data tidak di update sehingga timbul isu di atas.

8- Siapakah boss mereka berdua, kalau tak lain dan tak bukan Menteri Amaran yang cukup lemah. Mampu kah beliau menanggong kesalahan JPN? Lihat dimana mereka berada dan DS Hisham sembunyikan mereka di sini >

No comments:

Post a Comment