Multiple Pages

05/08/2011

Ramai Melayu Yang Ambil Tak Kisah & Terkena Pasal Makanan Di Selangor. Satu Pendedahan.

Oleh : HHalem.
JAKIM – Juadah Berbuka Puasa Campur Wain.

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan”

“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.

Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan”

“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.

      -   Bahagian Hab Halal, Jabatan kemajuan Islam, Malaysia JAKIM

8 comments:

  1. Apasalahnya tulis nama restoran tu sekali... kan senang untuk kami tentukan yang halal dan haram.

    ReplyDelete
  2. yup tulis skali nama restoran tu~ sng nak boikot

    ReplyDelete
  3. Nape la murah sangat bagi denda kat Malaysia ni. Kalau kes2 saman traffic ok la kasi murah2..kes2 besar macam nih yg melibatkan umat islam patut nya bagi denda 250 billionUSD + ngan buang kerakyatan pengusaha ngan seluruh keturunan dia je senang. Takpun kalo dia tak mampu hukum sula je sampai mati ngn seluruh keturunan dia. Biar dia tau agama islam takleh dibuat memain. Hukuman aku ckp ni pun aku rasa terlalu ringan sgt dah.

    ReplyDelete
  4. saya pun setuju pendapat kawan2 di atas..tulis lah nama apa restoran tu...senang nak elakkan pergi ke sana..yang eloknya makan kat kedai2 yang dah tentu2 halal..tak payah lah nak berhabis duit semata2 nak makan..kalau bayar harga makan kat hotel2 ngan kaki lima jauh lagi murah kaki lima...jangan membazir

    ReplyDelete
  5. hukuman denda RM 250,000 tapi bila masuk mahkamah kena denda 20,000 celah gigi je diorang bayar...

    kalau kena denda minumum 1/2 juta maksimum 2 juta dan mandatori penjara 3 tahun kepada tuan punya restoran tu baru adil seadilnya.

    dengan denda yang sikit tu tak akan membantu orang lain mengiktiraf sijil Halal---- llaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. TLG TULIS NAMA RESTORAN !!!! JGN BIARKAN ORG2 ISLAM PERGI SITU LAGI....TAK BAIK RASIAKAN....

    ReplyDelete
  7. Yang termakan tu semuanya jenis manusia eksyen. Bukan ke lagi sedap berbuka puasa kat rumah, kumpul anak beranak, nak Magrib pun senang. Belanjapun kecil. Boleh masak lebih dan sedekah sikit pada jiran-jiran. Lepas Magrib boleh sambung lagi kalau nak, lepas tu boleh relak-relak kejap sambil tengok berita sementara tunggu Isya' dan terawih.

    ReplyDelete
  8. sokong tenggara 1000%!!

    sgt2 membazir berbuka di hotel2 @ restaurant yg tawarkan segala makdatuk buffet tu! bukannya murah! baikla beli makanan banyak2 kat bazaar Ramadhan dgn duit tu & sedekahkan ke anak2 yatim! lagi besar pahala...

    dahla membazir, jadi riak plak & sesia posa bila berbelanja mewah2 gitu...duit nak sedekah liat nak mampus tp belanja makanan ntah halal ntah tidak, tak kisah plak! melayu bagak oh melayu!!!

    ReplyDelete