Multiple Pages

20/08/2011

DS Najib Sindir & Hentam Adik Beliau Nazir Razak, Kaw-Kaw.

Oleh : HHalem.
1- DS Najib betul-betul menghentam dan menyindir adik beliau Nazir Razak, Managing Director and Chief Executive of CIMB Group, yang kita ketahui perpandangan ‘Melayu Liberal’ dan tidak mengenang jasa dan tidak memikirkan orang-orang Melayu yang susuh dan datang dari kampong-kampong, dimana mereka masih lagi memerlukan bantuan. Nazir terkenal dengan sikap ‘meritokrasi’ beliau, tidak kira dengan golongan Melayu pertengahan atau bawahan.

2- Jika kita fikirkan, kekadangnya betul juga seperti kata setengah orang bahawa golongan bangsawan seperti Nazir Razak ini tidak tahu hidup susah senang golongan bawahan di kampong yang masih lagi memerlukan bantuan. Golongan seperti Nizar kaya bukan kerana kerja kuat, tetapi dilahirkan didalam golongan berada dan tidak mengenal susah hidup.

3- Orang berfikiran seperti Nazir Razak termasuk lah Zaid Ibrahim, Presiden KITA.

4- DS Najib menyuarakan pendirian beliau ketika melancarkan Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi – Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, di UiTAM, Shah Alam, Jumaat.

5- Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menghentam masyarakat bukan Melayu dan “Melayu Liberal” yang mahu kuota bumiputera dihapuskan dan meritokrasi diamalkan sepenuhnya, sebagai golongan yang tidak mengenang jasa terhadap kerajaan yang ditunjang oleh orang Melayu.

“Ada orang bukan Melayu kata kita tidak perlu kuota, dan mahu laksana meritokrasi. Ada juga di kalangan mereka yang dipanggil “Melayu Liberal”. Memang mereka kaya kerana kerja kuat. Tetapi ia kerana negara kita aman dan mereka dari dulu diberi peluang”

Mereka kaya kerana negara kita stabil dan ditadbir dengan baik. Siapa yang bagi mereka lesen gula, beras, bank, dan macam-macam?. Sebab itulah mereka kaya. Mereka juga kaya kerana kepimpinan UMNO-Melayu adil,” – DS Najib

6- Najib berkata kekayaan negara harus diagihkan secara adil dan saksama, menepati prinsip sosial serta mencerminkan kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera yang menjadi majoriti dalam engara ini.

“Mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa, hakikatnya orang Melayu masih ada lagi yang berada dalam keadaan terpinggir. Sebahagian besar daripada kita masih duduk di pinggir bandar dan luar bandar serta memerlukan bantuan,” – DS Najib

7- Najib berkata sistem yang hanya berdasarkan 100 peratus meritokrasi hanya akan melahirkan “negara tidak bermutu.” Katanya, memberi fokus keseluruhan sistem dari sudut meritokrasi semata-mata adalah tidak adil kepada individu yang tinggal di kawasan luar bandar kerana mereka tidak boleh bersaing secara seimbang dengan golongan yang tinggal di kawasan bandar.

8- Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan akan terus mengadunkan meritokrasi dan keadilan sosial untuk memastikan rakyat pelbagai kaum tidak ketinggalan daripada menikmati kemajuan negara.

“Kita mesti adunkan meritokrasi dan keadilan sosial. Kita tidak boleh hanya mengamalkan meritokrasi sahaja. Kita tidak boleh tutup peluang anak-anak Bukan Bumiputera, tetapi pada masa sama anak-anak Melayu yang ketinggalan tidak boleh dipinggirkan.”

“Sekarang mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa hakikat Melayu masih banyak ketinggalan terutama di pinggir bandar dan luar bandar,” – DS Najib

9- Najib berkata, konsep meritokrasi akan diamalkan untuk membantu usahawan Bumiputera. Sehubungan itu katanya, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat Bumiputera untuk disenaraikan di bursa saham.

Kita akan bantu syarikat-syarikat ini untuk menjadi lebih besar hingga ke peringkat antarabangsa. Kalau perolehannya mencapai  RM100 ribu pada tahun ini, dalam tempoh tiga hingga empatt tahun kita akan bantu supaya dia akan meningkat kepada RM1 juta atau RM10 juta. Kita sedang kumpulkan data dan insyalah dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi kita akan umumkan senarainya”

“Program ini adalah satu pendekatan baru yang berdasarkan prinsip meritokrasi di kalangan syarikat Bumiputera. Tak ada lagi soal kroni, atau siapa kita tahu, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang mesti kita akan bantu,” – DS Najib

10- Pendirian DS Najib cukup jelas terhadap sistem ‘meritokrasi’ yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang mahu hak sama rata didalam segala segi. Termasuk didalam pemberian biasiswa melanjutkan pelajaran.

11- Penulis tidak dapat bayangkan jika negara di kuasai China/India Komunis dan orang berfikiran seperti Nazir Razak dan Zaid Ibrahim memerintah negara. Cuba bayangkan kedudukan MARA yang banyak membantu anak-anak Melayu dan usahawan Melayu.

12- Baca lagi pengkhianatan Nazir Razak yang terlalu Liberal dan tidak mementingkan hak dan kuasa orang Melayu di Medan Info MIK >

Sumber utama AgendaDaily

1 comment:

  1. Awak ni salah analisa lah. Baca betul betul apa najib cakap.


    Minda X

    ReplyDelete