Multiple Pages

21/08/2011

Video:- Anwar Mohon Lucutkan Peguam JAWI, Zainul Rijal. Isu Qazaf.

Oleh : HHalem.


18 Ogos - Anwar telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menandatangani Afidavit menolak serta merta Zainul Rijal Abu Bakar, sebagai Peguam JAWI.

Zainul Rijal, Presiden Persatuan Peguam Muslim.
Zainul Rijal Talha & Amir Advocates & Solicitors

Zainul adalah peguam yang mewakili Pendakwa Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam permohonan untuk meneruskan kes Qazaf Anwar.

Anwar Mohon Lucut Jawatan Peguam JAWI
salah satu alasan
Wang Zakat digunakan untuk bayar yuran guaman Zainul Rijal.

..................................
Anwar sebelum ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawi agar jabatan itu meneruskan pendakwaan Qazaf yang difailkan beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Fitnah II.

1- Wakil Peguam Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata permohonan menolak Zainul Rijal itu dibuat kerana dia dipercayai melakukan tindakan berlawanan dengan etika seorang peguam syarie dalam kes Anwar terhadap Jawi.

“Beberapa kenyataan dikeluarkan Zainul Rijal menjejaskan mahkamah syariah dan berlawanan dengan etika peguam syariah dalam etika mahkamah syariah,”
        -         Kamar Ainiah.

2- Antaranya beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan menjejaskan kes ini dan juga menerima wang zakat dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebagai yuran guamannya, kata Kamar Ainiah.

“Dia juga pernah meminta peguam Anwar, Karpal Singh disiasat (dan dikenakan tindakan). Dia juga pernah membuat kenyataan kes liwat pertama perlu dibuka semula (walaupun Anwar telah dibebaskan),”
- Kamar Ainiah.

3- Zainul Rijal sebagai seorang peguam syariah menghina mahkamah syariah apabila melambat-lambatkan perbicaraan kes itu dan mencampuri perjalanan kes Fitnah II di Mahkamah Sivil.

“Kes ini kita majukan sebab sejak 2008, pendakwa, Menteri Agama Umno, halang pendakwaan dari berlaku. Sebagai seorang yang mengaku sebagai peguam Muslim, dia sibuk (mengganggu) kes mahkamah sivil.
- Anwar

“Semua ulama meminta saya bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Peguam saya dah ulang alik ke Mahkamah Syariah kerana sebelum ini kes ini ditolak atas alasan teknikal sahaja..Satu penghinaan terhadap mahkamah syariah tetapi orang yang sama mendesak kes mahkamah sivil dipercepatkan,”

4- Anwar menegur penggunaan wang zakat oleh Jawi untuk membayar yuran guaman Zainul Rijal sedangkan pada masa sama, pengagihan wang zakat terhadap orang memerlukan masih terabai.

“Saya kira orang miskin terpaksa ke gereja untuk terima wang. Di sini, wang zakat diguna biaya Menteri.

Ia disahkan sendiri Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim di Parlimen,”
- Anwar

Sumber dari Keadilan

1 comment: