Multiple Pages

15/08/2011

Mustafa Ali Meniru Muslihat Ambiga. Mengumpan JAIS Dengan Rahsia Umno.

Oleh : HHalem.

1- Gagal bertemu dengan JAIS dan untuk mengelakkan kemaluan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membuat cerita perang saikologi sekali lagi mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist.

2- Kata Mustafa Ali seperti dipetik dari Harakah;

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,”
-         Mustafa Ali pada sidang media di pejabat PAS Terengganu.

3- Harakah turut menyebut bahawa oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya boleh menimbulkan pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Mustafa dan Harakah terus menusuk jarum agar termakan dek Jais.

4- Hendakan bertemu juga dengan Pengarah Jais untuk mengelakan kelemahan beliau, Mustafa mengula-gula Jais dengan umpan dan berkata beliau bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. Adakah umpan gula-gula ini akan berhasil? Malah Mustafa langsung tidak menghormati Titah Baginda Sultan.

“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,”    

“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,”

5- Permainan perang saikologi yang serupa dimainkan oleh Ambiga apabila beliau ingin mendapatkan semula dokumen yang dirampas polis dengan berkata beliau sanggup mendedahkan siapakah pembiaya terbesar dari luar negera yang membiayai rusuhan Bersih 2.0. Tetapi malangnya beliau tidak dapat berbuat demikian kerana dokumen dirampas pihak polis. Di sini>

6- Nampak gaya Pas semakin mahir memutarbelit dengan ilmu perang politik yang dipelajari dari Ibu Inu Ambiga dan juga tektik-pecah-tempurong-lutut dari cifu Anwar Ibrahim yang entah sudah berapa kali terkehel leher.

3 comments:

  1. Bagus le kalau ada peranan UMNO dalam serbuan JAIS tu. Itu bermaksud UMNO mengambil berat perihal akidah orang Islam. Takkan PAS susah hati kot? Tak pe, PAS dah tak payah jaga orang Islam, tak payah nak jadi juara orang Islam, jaga aje suku sakat DAP tu.

    ReplyDelete
  2. Tuan TS:-)
    Bukan 'serbu' Bro, salah ayat tuu.
    Jais masuk dengan lengang lengok.

    Siap rakaman video lengang tanda bukti.

    Bila ScrewKuat nak sambung lagi part 2 video dia tu.

    ReplyDelete
  3. Mana-mana premis agama tidak ada imuniti. Makanya kenapa pulak pihak berwajib tidak boleh serbu (oops sori...PERIKSA) mana-mana premis agama?

    Apakah nanti premis yang menjalankan aktiviti mungkar tidak boleh diperiksa cuma kerana ia dikendalikan oleh pihak bertopengkan kebajikan kononnya? Bagaimana tu!

    Dan, apakah nanti 'perkahwinan' sesama gender tak boleh diperiksa cuma kerana pasangan yang bakal disatukan adalah gayus dari kalangan padeir dan dilangsungkan di premis krisiant? Biar betul!

    ReplyDelete