Oleh : HHalem.
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’
yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata
keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang
sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk
pasaran berbeza.
“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat
Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu
umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,”
katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang
dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam
negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang
mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan
ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan
proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan
bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah
dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk
terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam
Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis
sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik)
babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
–Bernama
HHalem – Segelintir pengusaha. Betul-betul habis
naya yang lain-lain. Jika was-was kira semua lah senang.
apa alasan pengilang campur adukkan kandungan butter berkenaan?
ReplyDeletelebih sedap?
lebih murah?
???????????
Cissssss patut la sedap ptuiiihh!! Saya mintak pihak berkuasa haramkan saje kilang ni! saya amat bersimpati dgn nasib peniaga2 kek lapis muslim kita, merekalah yg terainaya..
ReplyDeletePngusaha kek lapis swk biasanya guna butter yg lebih murah utk tujuan komersil.golden churn ni mhl.org yg naif je kate goldern churn ni murah
ReplyDeleteKesian para pembuat kek yang kebanyakkannya hanyalah usahawan kecil. Tak apa rugi sekali, Insyaallah, kerugian yang sedikit kerana memusnahkan kek yang dah dibuat itu nantinya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar lagi dari Allah SWT.
ReplyDeleteTuan TS:-)
ReplyDeleteAda juga usahawan buat kek ni di Beranang Selangor, bukan dari Sarawak. Tapi x tau lak resepi butter apa yg dipakai.
Kira x yah makan lah senang, habis cita.