Multiple Pages

04/08/2011

Suruhanjaya Siasat Video Bogel Anwar - Memo Ke Istana Negara Hari Ini.

Oleh : HHalem.
Jika Ini Pun Buat Suruhanjaya - Kenapa tidak Video Bogel Anwar. 

MAGARAN : Suruhanjaya Mengenal Pasti Lelaki Video Seks

AIDCNews – 03/08/11 – Satu memorandum akan dihantar esok, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN).

“Akta 1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”,  
         -          kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz,
         -         Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita.

“Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”, katanya dalam SMS kepada AIDCNews.

1- Jika kes ketok ketampi, pembangkang terjerit-jerit meminta Suruhanjaya Siasatan, inikan pula kes yanga mana 100 kali serious dan melibatkan orang yang akan ambil kalih negara (bukan ambil alih negara).

3 comments:

  1. saya ada berjumpa dengan pompuan yang kena ketuk ketampi ni...masa PRK pengkalan pasir... bolih pula buat RC....tapi bila kena tang pemimpin dia....menyalak juga.... tapi tak bagi....MACAM NI PUNYA MANUSIA PUN ADA KE....GUA RASA DIA ORANG NI DATANG DARI SPESIS DAN PLANET LAIN....SEDAR LA HOI....NI BULAN PUASA CARI LA KEBERKATAN...BUKA FKIRAN TU.... MANA YANG BETUL DAN MANA YANG SALAH....

    ReplyDelete
  2. Bila Suruhanjaya siasatan diadakan & Suruhanjaya tersebut memutuskan pelaku sex didalam Video tersebut adalah Anuar Ibrahim, kita nak tengok puak2 pembangkang ne nak main aci lut ku mana pula, jangan2 mereka akan tuduh Yang Di pertuan Agong subahat sama, kerana Hj Hadi dah kata video sex tersebut Besi.

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan ...

    Pendapat ambo ... penafian awal2 dari Azizah, Nurul, Pudin Tiong dan juga Anwar mengenai penubuhan Royal Commission telahpun memberi jawapan kpd rakyat jelata siapakah sebenarnya pelakunya.

    Semalam lepas tarawih ambo terjumpa kawan lama yg bersifat politically critical dan neutral ... tapi mengenai video China Doll ... dia sendiri pun kata ... hanya org bodoh jer yg tak percaya ... ambo senyum jer ... HA HA HA

    ReplyDelete