Oleh: HHalem.
1- Walaupun MCA-Gerakan-DAP-PKR telah mengutuk PAS kerana menyatakan semula keinginan untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan, pemimpin-pemimpin Kristian pula sebulat suara menyokong rancangan Pok Nick.
2- Sokongan kepada hudud Pas diyakinkan lagi setelah Pok Nick memberi jaminan seperti berikut;
“Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam ”
Sebenarnya Pok Nick bertutur omputeh didalam facebook beliau.
3- Kenyataan diatas memberi keyakinan kepada pemimpin Kristian. Mereka berpendapat pengikut bagi mana-mana agama sepatutnya digalakkan berusaha untuk menguatkan lagi pegangan mereka, selagi mereka tidak mengganggu hak orang lain.
“Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan bahawa hak mereka yang berbeza agama dilindungi sepenuhnya. Oleh itu apa salahnya dengan perlaksanaan hudud di Kelantan atau negeri lain pun?”
“Kita tidak patut mempolitikkan semua perkara terutamanya agama. Adalah perkara biasa bagi seorang Islam dan Kristian mahupun seorang penganut Buddha dan juga Hindu untuk berusaha mengukuhkan pegangan mereka seboleh mungkin dan ini sepatutnya digalakkan”
“Ia hanyalah salah apabila mereka tidak mengendahkan orang lain dan mula bertindak melampau di dalam perlakuan dan amalan”
“Selagi rakyat bukan Islam di Malaysia dilindungi sepenuhnya, penganut Kristian dan rakyat Malaysia amnya tidak seharusnya berfikiran cetek dan bimbang tanpa sebab yang munasabah.”
- Ramon Navaratnam, bekas presiden ‘Transparency International’ dan pemimpin Kristian, di petik Malaysia Chronicle.>
4- Persetujuan pihak-pihak Kristian tentang pelaksaan hudud di Kelantan telah memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Najib. Dengan perkembangan terkini ini, Najib perlu lah mengambil langkah-langkah tertentu kerana kita tahu dari segi politiknya, sedikit sebanyak PAS akan mendapat undi simpati dari orang Kristian.
Kenyataan Ramon disokong oleh Dr Paul Tan Chee Ing, Presiden ‘Catholic Bishops’ Conference of Malaysia’.
“Saya berpendapat telah tiba masanya untuk membenarkan rakyat Islam di Kelantan, untuk melaksanakan hukum shariah asalkan rakyat bukan Islam dikecualikan daripada perlaksanaannya,”
- Paul Tan, Ketua ‘titular’ Katholik di diocese Melaka-Johor.
5- Mungkin kah Najib sekali lagi akan menghambur duit sana sini kepada pihak Gereja sebagai umpan sepertimana yang beliau selalu lakukan terhadap orang-orang China sebelum ini.
Kali ini dilakukan dengan peruntukan duit judi RM100juta daripada RM2billion dari tabung Commmunity Chest >. Ia akan dihambur merata-rata kepada sekolah mubaligh dan vernakular. Ini lah peluang untuk mengkritik Najib dan diwaktu yang sama mendapat habuan yang banyak.
Semua rakyat tahu bahawa jalan mudah untuk mendapat peruntukan duit yang banyak dari Najib ialah dengan tidak menyokong beliau. Ini adalah program khas Najib kepada China/India/Kristian sahaja.
6- Kenyataan Pok Nick bahawa, “di Kelantan ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam” bercanggahan dengan pandangan pakar-pakar perlembagaan dan bekas pengubal undangan-undangan.
“Hudud (Islamic penal code) tidak boleh dikhaskan kepada orang Islam sahaja. Ia mesti terlibat dengan semua kumpulan dan orang-orang bukan Islam juga” - Lihat video di sini >
Kenyataan Kristian di atas ada kebenaran mengenai kebebasan beragama, yang tidak boleh dipertikaikan, tetapi yang menjadi penghalangnya ialah perundangan Perlembagaan yang tidak mengizinkan sekarang.
Apa lagi statement Pok Nick selepas ini yang engkar tentang gag order yang dikeluarkan oleh Pakatan.
ekou tak nampak kah kristian akan menahan lukah dipergentingan dgn melayu islam baka ni, sekarang nipun dah banyak dah yg tak peduli dgn ajaran islam, apatah lagi kalu ketidak adilan dlm undang2 hudud, atas nama islam yg tertakluk dgn undang/peraturan islam, sanggupkah org islam yg iman dan islam tah kemana menahan diri terima hukuman yg non muslim dok sengeh2 tengok kawan islam satu meja dgnnya mabuk/judi @buat maksiat sama2 kena hukum.
ReplyDeletekatakan betina tu melayu islam baka dok mengonek dgn kafir cina, kena tangkap kat hotel dikelantan. Cina dpt sedap dan sedap sbb tak kena hukum tapi betina sundal tu kena rejam atau hukum ikut kaedah islam, kemana akhirnya betina tu pergi, tambah seronokla kristian dgn jarum2nya cucuk akidah betina sundal, sorang lg murtad, so apa tak seronoknya paderi.
Keadilan biarlah semua itu baru Islam kalu tak isle namanya.
Baguslah... apa kata hudud ni utk org2 PAS dgn PKR shj. Baru adil...
ReplyDeleteDah tebalik kot, Pok Nik jadi Hero, Najib jadi kutuberhaq, sampai hak Bumuputra pun nak buang, asalkan jawatan PM jadi milik dia lagi.
ReplyDeleteTuan HH,
ReplyDeleteHudud adalah maha lengkap. Undang-undang yang diturunkan oleh Allah SWT. Kalau Pok Nik nak buat, jangan jadikan hudud sebagai trial dan berpilih. Mana keyakinan Pok Nik kalau setakat nak jadikan trial saja dan terhadap semua makhluk Allah?
Itulah sebabnya dah dinasihatkan agar dilihat dulu masa, keadaan dan suasana sebelum nak membicarakan hudud agar hukum Allah tidak dimomok-momokkan. Taubatlah wahai Nik Aziz!!!
TIS: 19.55
ReplyDeleteManusia dijadikan tuhan, hanya Nabi diantara manusia yang maksum, ertinya kita semua x sempurna termasuk hang, apa salahnya kita bagi peluang dekat Kelantan mencuba Hudud, inipun belum tentu jadi ka tidak kerana ini semua bermotifkan politik, kalau jadi, kita tunggu macam mana mereka nak buat, lepas tu kita komen, itu baru betul.
undang2 Hudud Nik Aziz HANYA untuk orang PAS dan PKR sahaja, tapi undang2 Hudud Islam untuk semua rakyat Malaysia. Mana yg lebih adil mengikut ajaran Islam.
ReplyDeleteMat Sabun
Perlaksanaan sesuatu undang-undang mestilah selaras, tidak boleh tidak selaras kerana akan timbul ketidak puasan hati sekiranya sekelompok mendapat hukuman yang berat, tapi sekelompok lagi mendapat hukuman yang ringan sedikit, ini akan mencetuskan rasa tidak puas hati, misalnya hukuman judi, pembelinya umat Islam, tapi penjualnya bukan Islam, macam mana nak hukum sedangkan penjualnya tak boleh dikenakan tindakan mengikut hudud sedangkan yang Islamnya kena hukum hudud? Saya bukannya menentang hudud, tapi perlaksanaannya kalau mengelirukan adalah berbahaya kerana rasa tidak puas hati akan mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama. Misalnya berlaku pembunuhan diantara orang Islam dan bukan Islam yang mana yang dibunuh adalah orang Islam, mana satu undang-undang nak pakai? Begitu juga seorang Islam dirogol oleh bukan Islam, nak pakai undang-undang yang mana satu? Begitu juga orang Islam membunuh atau merogol bukan Islam, nak pakai undang-undang yang mana satu, ini boleh Nik Aziz selesaikankah supaya semua pihak dapat puas hati? Sebab itulah saya terangkan bahawa perkara ini kalau perlaksanaanya tidak berapa jelas, mengelirukan, walapun hudud ini adalah undang-undang yang paling baik dan sempurna, tapi perlaksanaan oleh manusia secara mengelirukan dan menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang terlibat, maka ia akan menyebabkan perbalahan, kalau jenayah sesama Islam bolehlah guna hudud, tapi kalau melibatkan Islam dan bukan Islam mana satu nak pakai? Yang Islam mesti nak gunakan perundangan hudud dan tak mahu perundangan sivil, tapi yang bukan Islam pula mati-mati tak mahu hudud dan hendakkan udang-undang sivil, maka akan berlaku perselisihan di ketika itu, siapa nak selesaikan? Nik Aziz bolehkah selesaikan hal ini dengan tanpa masalah? Jangan cakap saja, perlaksanaan itu yang penting, malahan Mahfuz Omar yang menuduh Dr. Rais Yatim sebagai perogol sedangkan beliau tidak mengemukakan 4 saksi lelaki beriman, malahan bukti pun tak ada, Nik Aziz tak ambil tindakan pun pada Mahfuz apahal? Apakah pimpinan dan puak-puak PAS akan bebas dari hudud? Itulah cakap saja lebih, tapi tak ada hasil, apa guna? Jangan berlagaklah Nik Aziz, kalau jadi masalah, dia dulu yang berambus meninggalkan masalah pada orang ramai, baru puas hati dia masa itu bila negara porak peranda dan perpaduan musnah serta keganasan merata-rata akibat perselisihan kaum dan agama.
ReplyDeleteSetuju sangat dengan penjelasan 01: 17.
ReplyDeletePAS ni cakap nak hebat tapi apakan daya akai tak sampai.
Nik Aziz tu pun belajar tak habis lagi. Bukan semua bidang dan Ilmu Islam yang dia tau. Dia rasa dia hebat kerana juak-juak dia yang mengampu lebih.
Yes Tok Guru ! Betul Tok Guru !