Multiple Pages

28/09/2011

Najib: Macam-Macam Menatang Ada.


Oleh: HHalem.

1- DS Najib akan melancarkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) yang dibentuk khas berobjektif menjana strategi-strategi bagi komuniti bisnes dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif pro-Bumiputera.

2- Ahli MTEM terdiri dari 63 anggota pertubuhan ekonomi Melayu, termasuk;
-        Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
-        Presiden DPMM juga sebagai Presiden MTEM.

-        Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MAPEM).
-        diketuai TS Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings.

3- Langkah-langkah di atas, dan banyak lagi sebelum ini, adalah bertujuan sebagai persediaan awal supaya sistem meritrokasi dilaksanakan dan quota 30 % Bumiputra dapat dihapuskankan seterusnya. Tarikhnya penghapusannya belum diketahui.

4- Jika pembaca meminati politik ekonomi orang-orang Melayu, kita akan terus disajikan dengan nama-nama yang kononnya apabila dilaksanakan kelak ia adalah lebih baik dari quota 30% Bumi, walaupun sebenarnya kita tidak faham sepatah haram pun apakah menatang yang disebut-sebutkan itu.

5- Di antaranya ialah MTAB-TERAJU-MBE-MAPEM-MTEM-ETP.
Entah apa-apa lagi.

Untuk membaca rancangan penghapusan quota sila ke sini>

Untuk mengenali pelbagai menatang istilah diatas sila baca di sini>

Nota:
Terasa agak pelik disebabkan akhbar arus Perdana/Melayu tidak menceritakan langsung tentang penghapusan quota 30% Bumi.

2 comments:

  1. Jangan nanti yang kaya hanya para J/K dalam Dewan perniagaan sahaja. Lepas tu nanti jawatan dalam dewan perniagaan jadi rebutan.

    ReplyDelete
  2. Najib dah mabuk kuasa, nasihat aku pada orang Melayu khususnya Umno Najib wajib ditumbangkan segera, anak aruah Tun Abdul Razak ini tidak amanah kepada perjuangan sebenar Melayu & Bumiputra, beliau hanya menghitung jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sahaja.

    ReplyDelete