Multiple Pages

05/09/2011

Hisham: Bayangkan ISA Terhadap Mat Sabu. Saman Di Mahkamah Lagi Baik.


 Hisham menimbang samada teloq kiri atau teloq kanan Mat Sabu.

1- Hisham mencadangkan supaya pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Mat Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara disaran mengambil tindakan saman di mahkamah terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis yang tersinggung.

“Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa”  

“Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn Jaafar terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu, lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah”  
- Hisham kepada Bernama Online

2- Hisham menjelaskan ISA terhadap Mat Sabu akan hanya dikenakan jika tindakan Mat Sabu menjejaskan “keselamatan negara”.

3- Sambil menyeru pihak bekas polis dan cucu cicit keluarga pejuang kemerdekaan mengambil tindakan saman di mahkamah, maka elok lah Hisham sebagai cucu Datuk Onn memulakannya dahulu dengan segera.

4- Sehubungan dengan itu, seperti biasa Hisham kali ini memberi bayangan bahawa ISA akan dikenakan jika Mat Sabu mengancam keselamatan negara. Hisham telah menukar corak, daripada ‘memberi amaran’ kepada ‘memberi bayangan’.

5- Kita kurang faham dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘mengancam keselamatan negara’ kerana ada kes yang dalam diam-diam dikenakan ISA, tetapi Mat Sabu menimbulkan huru-hara Bersih 2.0 dan memainkan sentimen membakar semangat rakyat tidak dikatakan mengancam ‘keselamatan negara’.

6- Yang jelasnya KDN memang phobia hendak mengeluarkan ISA terhadap individu parti pembangkang. Paling hampir dan berani pun KDN telah mengeluarkan Akta Darurat terhadap 6 individu Parti Sosialis. Itu pun dilepaskan semula setelah ditahan tidak sampai pun 60 hari apabila menampakan penentangan hebat dengan ugutan mogok lapar dalam penjara ala-Mahatma Ghandi.

Sebab itu lah KDN phobia hendak menahan individu politik kerana bisingnya teramat sangat, seperti Mat Sabu.

Sumber utama MInsider

2 comments:

  1. Hisham tak kesah orang kutuk atok dia. Dia tak akan saman Mat Sabu.

    ReplyDelete
  2. Ko kerat anu ko, cincang, gaul dengan dedak dan bagi makan kat itik lagi bagus!

    ReplyDelete