Multiple Pages

05/09/2011

Kecoh Ketika Raya: Azmin Ali Di Halau Ibu Supaya Bertaubat. Kakak-kakak Semua Di Gelar Betina Sundal.


Posted by: HHalem.

Sebelum ini diceritakan kekecohan dirumah ibu Azmin Ali ketika berhari raya>, kali ini, ini cerita kecoh yang dipetik dari PerakToday yang ditulis oleh Tun Tuah.

Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal.

Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…

“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?”
- soal Azmin pada ibunya.

“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..”
- balas ibunya.

“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, - Azmin memotong cakap ibunya.


Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…

Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung! Melihat keadaan itu, ahli keluarganya berpandangan sesama mereka dan kemudian masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka. Ibu Azmin sedang menangis! Sambil tersedu sedan, ibu Azmin menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah ketika Azmin “berhari raya” bersama ibunya pagi itu…

Menurut ibu Azmin, Azmin berang kerana ibunya tidak memaklumkan tentang adik beradiknya yang lain turut berada di rumah itu ketika dia ke sana. Azmin sebenarnya tidak mahu langsung berjuak muka dengan adik beradiknya seperti Kak Long, Kak Lang, abang-abang iparnya, terutama sekali Ummi Hafilda seperti mana maklum. Azmin menggelar kakak-kakak dan adiknya itu sebagai “betina sial”, “sundal” dan pelbagai gelaran nista pada mereka.

Menurut ibu Azmin, Azmin marah “menyinga” kerana mendapati adik beradiknya turut berada di rumah ibunya ketika kehadirannya itu. Belum sempat anaknya menjamah nasi impit di meja makan, Azmin menengking anaknya…

“Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..!!!” -  tengking Azmin pada anak-anaknya.

Malah Azmin turut membaling kerusi yang diduduk anaknya seraya mengatakan bahawa adalah haram untuk menyentuh semua perabot, makanan dan apa yang ada dalam rumah ibunya kerana bernajis serta perlu disamak terlebih dahulu…

Jerkahan Azmin itulah yang menyentap hati ibunya. Ibu Azmin menangis! Memang selalu Azmin mengguris hati ibunya dengan kata-kata nista sebelum ini, namun beliau masih dapat menahan sabarnya. Iyalah, sejahat mana pun Azmin, dia tetap anak yang dilahirkannya. Namun kali ini Azmin sudah melampaui batas. Ibu Azmin sudah hilang sabar…

“Min..baik kau keluar Min…keluar!” jerkah ibunya yang sudah menjangkau umur 76 tahun itu.

“Kalau kau balik nak buat kecoh begini, baik kau keluar..! Keluar..!!!”, hati ibu Azmin parah terluka.

Tanpa berlengah panjang Azmin bertindak keluar sambil membawa anak dan isterinya bersama. Mungkin menuju ke Perak, ke rumah mertuanya. Ibu Azmin tersedu-sedan di dalam rumah. Adik beradik Azmin terpaksa menenangkan ibu mereka. Namun, kesabaran ibu tua itu sudah sampai ke tahap maksima. Azmin sudah melampau! Beginikah layanan yang diberikan terhadap ibunya? Sudahlah duit raya pun tidak dihulurkan, Azmin buat ibunya menangis di Aidilfitri pula..!!!

“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin!”

“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”,
- kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam.

Saya terkedu dan beristighfar mendengar cerita ini mengenai perihal akhlak Azmin dan cara layanan yang diberikan kepada ibunya. Azmin memang hati kering sehingga ibunya sendiri pun sanggup dilukai hati ini. Tidakkah Azmin tahu bahawa mengatakan “ah..!” sekali pun pada ibu sudah memadai baginya untuk mendapat dosa besar? “Madunya”, Anwar tidak ajarkah mengenai perkara ini?
Norlia Ali
Paling mengejutkan saya ialah mengenai kenyataan ibu tua itu yang sangat hancur hatinya diperlakukan begitu oleh Azmin, anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan dibesarkan hingga besar…

“Azmin anak yang derhaka!” kata ibunya dalam sedu sedan dan penyesalan yang amat sangat.

Persoalannya, apakah jenis manusia yang memperlakukan ibunya sendiri sedemikian rupa? Siapakah yang menghasut dan memperngaruhi Azmin hingga berubah dari seorang anak yang sangat baik kepada seorang yang berkelakuan seperti syaitan itu? Apakah yang mendorong Azmin hingga sanggup menderhaka kepada ibu kandungnya yang sudah uzur itu?

Saya terkedu. Dan setelah mendengar aduan ahli keluarga Azmin ini, demi Allah, sekiranya saya sebahagian dari adik beradik Azmin, sudah tentu teruk Azmin saya kerjakan. Adalah menjadi kepantangan dalam hidup saya untuk melihat jenis manusia yang sanggup berkurang ajar dan menitiskan air mata seorang ibu! Saya tidak tahu sama ada pembaca boleh tahan atau tidak dengan “binatang” yang berperangai begitu. Namun pada saya, memang nahas saya kerjakan..!!!

Cerita oleh Tun Tuah PerakToday

10 comments:

  1. tak guna buat apa juga kebajikan n kebaikan sekiranya kita tak buat baik pada ibu bapa semasa hidupnya.itu adalah perintah Allah yang sangat penting.balasan yang diterima bukan saja
    diakhirat tetapi didunia juga...nauzubillah

    ReplyDelete
  2. ko niihh bawak cerita betul @ cerita rekaan...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya aku cukup simpati terhadap keluarga ini, berantakan, mengaibkan sesama keluarga sendiri, dikhalayak, jarang berlaku terhadap keluarga lain didunia ini, ini cukup menginsafkan aku, diharap diselisih Malaikat empat puluh empat, semoga kejadian seperti ini dijauhi dari keluarga kita.

    ReplyDelete
  4. insyallah ada ketentuan yg menyusul nanti, bagi menentukan siapa salah dan siapa benar. sumpah ibu bukan perkara yg main2

    ReplyDelete
  5. kalau ni 'cerita rekaan'...tak si azmin saman...si anwar pun bleh saman...tak pun suruh ja si shamsidar saman....

    apa2pun jangan plak tarik balik....tangguh2 dan tak nak 'bersumpah'.....

    aku plak tak rasa simpati....yang aku rasa kan ialah kebenaran itu walaupun pahit nak ditelan...namun tetap kena tegakkan apabila sampai melibatkan mudharat besar....fitnah....penganiayaan.....biar pun siapa pun yang didepani....

    yang aku rasa sedih sbb....kesabaran serta kemaafan seorang ibu selama ini....langsung tiada nilai nya di sisi seorang anak yang terus2an menyakiti....memfitnah...menganiayai....biar pun...peluang dan ruang itu masih terbuka untuk malaun tu....bertaubat.....

    malaun yang gilerrr biolll!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk apa yg terjadi skrg... ALLAH dh tunjuk..

      Delete
  6. Tak logik langsung... kalau betul azmin tak nak jumpa adik beradik dia.. takkan lah dia bodoh sangat sampai tak leh nak tahu, adik beradik ada di rumah ke tak.. dari tepi jalan dah boleh tahu .. tak logik la nak masuk dalam rumah dulu baru tahu adik beradik dia semua ada kat dalam rumah... dari luar boleh nampak.. and kalau dia betul tak nak jumpa.. bila nampak ada orang kat rumah.. terus jalan saja.. tak yah nak singgah masuk tengok.. memang cerita tak logik.. Bertaubat la.. jgn duk buat fitnah... besar dosa orang duk buat fitnah ni...

    Carilah kerja lain yg lebih berfaedah.. hanya orang bodoh saja yg percaya cerita macam ni..
    Hairan juga aku.. ada juga orang macam ni dalam dunia ni...

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan ...

    Their father ... arwah Ustaz Ali was a respected Quran teacher around Ulu Kelang vicinity ... taoi bila tengok jer perangai si Azwan dan Azmin Ali ... jauh panggang dari api ...

    Benarlah pesanan para ulamak ... iman tidak boleh dijual beli ... dan tidak juga boleh diwarisi ...

    Dan juga ingat ... jangan sesekali kasi kongsi bini ... HI HI HI

    ReplyDelete
  8. Hai Tuan Singh:-)

    Dah balik riuh rendah di Kelate:-)

    Welcome back to our home turf.

    Been wondering quite sometime why the family of a respected Quran teacher is always on the limelight. For example Ustaz Hassan siblings and this Ustaz Ali's sibling.

    Berkecamok is a proper word for it. Do u have any reason for what it is?

    ReplyDelete
  9. Year 1964 the Dragon belagak sombong
    Tak sadar didiri tak tau diuntong

    ReplyDelete