Multiple Pages

22/09/2011

Mat Sabu Guna Tok Bomoh Siam Di Mahkamah Sesyen.


Oleh: HHalem.

1- Dengar cerita Mat Sabu minta derma untuk bayar ikat jamin, cari punya cari, jumpa satu article di UtusanOnLine bertarikh semalam 21 September 2011. Berita mengenai minta kutipan kilat itu memang dilapurkan, tetapi bukan untuk bayar ikat jamin Mat Sabu.

2- Diberitakan juga wang kutipan kilat memang secepat kilat di buat. Orang Pas pantang tok nenek jika disebut derma kerana mereka malu dan phobia dengan image meminta-minta wang. Wang kutipan kilat itu adalah 'bagi kegunaan sepanjang perbicaraan akan datang’ atau ayat ringkasnya ‘masuk saku’.

3- Diberitakan juga wang yang dipungut berjumlah RM1,670.00 dan lebih menarik sekali ialah ia “ditaburkan di atas lantai di depan pintu masuk bilik perbicaraan untuk dikira”.

4- Untuk yang kurang arif, “menabur duit didepan pintu masuk bilik perbicaraan untuk dikira” pernah disampaikan bahawa ia adalah kerja Tok Moh Siam.

5- Kerja-kerja Tok Moh Siam ni penuh dengan angka-angka.

Cuba perhatikan angka-angka kontrovesi yang bersepah-sepah didalam penghidupan harian Mat Sabu.
Bersih 2.0 - Hotel 121 - Orang no 2 
Penuh Dengan Angka 2

....Petikan Utusan.....

Ahli Pas kumpul duit sokong Mat Sabu

BUTTERWORTH 21 Sept. - Ahli-ahli Pas yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengadakan kutipan kilat sebagai sokongan kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu yang dituduh membuat tohmahan sehingga memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong.

Wang yang dikumpulkan itu kemudiannya ditaburkan di atas lantai di depan pintu masuk bilik perbicaraan untuk dikira.

Ahli Jawatankuasa Pas Jelutong, Md. Noor Md. Ismail berkata, setelah dikira, wang yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM1,670.

"Wang yang dikutip ini bukan untuk menjamin timbalan presiden kami tetapi bagi kegunaan sepanjang perbicaraan akan datang," katanya kepada pemberita di luar kamar perbicaraan.

Mohamad hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Hakim Ikmal Hishan menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes manakala 5 hingga 9 Disember ditetapkan tarikh perbicaraan.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong pembangkang kebanyakannya ahli Pas hadir di mahkamah berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap Mohamad.

Turut kelihatan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat , Dr. Mujahid Yusof.

4 comments:

  1. eloklah tu, derma pada orang yang dah terang terang buat penghinaan. budus!

    ReplyDelete
  2. Nak buat beli sabun.......

    Namanya pun Mat Sabun...

    ReplyDelete
  3. Perghh Tuan,
    Banyaknya angka, nanti berduyun-duyun anak buah Pok Nik keluar Kelantan semata-mata nak ambik berkat angka-angka tu.

    ReplyDelete
  4. Tuan TIS:-)...
    Itu laa, Penang no problem, boleh beli nombot ekoq.

    Kelantan kena beli On-Line,
    Kedah kena pi sempadan Perlis.
    pesan kat drebar bas pun boleh.

    ReplyDelete