Multiple Pages

22/09/2011

Pok Nick Akur Dengan Tun Mahathir. Dr Asri Dibidas Kerana Memperlekehkan Kelantan Berterusan.


Oleh: HHalem.

1- Semalam baru sahaja Tun Mahathir menghentam Pok Nick kaw-kaw kerana menyalahkan semua orang disekeliling kecuali diri sendiri kerana tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang. Di sini >

Tun menegur Pok Nick yang gemar menyalahkan beliau, seolah-olah Pok Nick mengajar agama dengan tidak betul, tetapi masih lagi teragak-agak hendak melaksanakan hukum hudud. Dengan lain perkataan,

‘Pok Nick tunggu apa lagi, buat lah hudud segera kerana Tun bukan lagi PM sekarang’

Oleh kerana insaf akan kekurangan diri beliau itu dan akur dengan teguran Tun, Pok Nick sehingga kini belum lagi mengeluarkan statement/ayat pelepas diri dan ayat penyedap diri yang standard seperti lazimnya.

2- Seolah-olah tersentak dari lamunan Pok Nick terus menyatakan yang beliau bersedia melaksanakan hukum hudud di Kelantan bila-bila masa sahaja disebabkan suasana sekarang amat kondusif untuk tujuan itu.

Pok Nick menyambut baik dan menyetujui saranan Tun dan sebaliknya membantah Dr Asri yang memperlekehkan Kelantan berterusan yang dikatakan tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud. Kondusif didalam negeri Kelantan sendiri dan kondusif dengan kerjasama kerajaan pusat.

“Asas kondusif kita sudah cukup kemas kerana kita mentadbir dengan tiga teras iaitu ‘ubudiyah, itqan dan masuliyah’. - Pok Nick dipetik Sinar Harian.

“Sebenarnya kita sudah lama mewujudkan suasana kondusif ke arah pelaksanaan hukum hudud, selain mempunyai mekanisme untuk melaksanakannya iaitu mereka yang mempunyai ilmu mencukupi dalam bidang berkenaan iaitu kadi dan hakim tanpa membabitkan orang politik” - Pok Nick dipetik Berita Harian

3- Dari segi material/mekanisme pulak Pok Nick memang telah bersedia kerana kata beliau ia tidak dilaksanakan oleh orang politik;

“Itu kita serahkan kepada kadi dan hakim, mereka mempunyai kemahiran dalam usul fekah, pandailah dia buat” – Sinar Harian 

"Pihak yang akan melaksanakan hukum ini bukannya orang politik, tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman, prosedur dan peraturan cukup lengkap. Mereka mempunyai ilmu dalam fikah yang cukup kemas, pandailah mereka melaksanakannya," – Utusan Malaysia.

4- Kita lihat sejauh mana kah langkah Pok Nick.

Ada kah Pok Nick akan melaksanakan hukum hudud setelah di asak bertubi-tubi Tun Mahathir dan cucukan ketahap memperlekehkan Kelantan oleh Dr Asri.

Adakah Pok Nick hanya omong-omong kosong selama ini dan kita perlu menunggu sehingga beliau tiada, baru lah hukum boleh dilaksanakan.

5- Kepada para sahabat, jangan risau tentang hukum ini, kerana anda tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Jika ada pun, ia bukannya dilakukan setiap hari.

Jika anda bukan pencuri, bukan penyamun, bukan penzina, bukan perogol dan anda bukan segala-galanya, maka anda tidak perlu risau dan takut dengan hukum ini.

Biar kita lihat Kelantan menjadi negeri pioneer didalam hukum hudud ini dan kesan dan akibatnya. Biar Kelantan menjadi negeri uji-kaji.

Jika baik kita ikuti, jika tidak baik dan kesan buruk disebabkan kaedah dan cara perlaksanan yang salah, maka peluang untuk kita hamput PAS sampai terduduk.

Orang lain akan mengantikan Pok Nick dan memperbaiki kaedah dan sistem yang ditinggalkan kearah pembaikan berterusan. Pok Nick akan disanjung sebagai catalist dan perintis hukum hudud di dalam sejarah Malaysia.

9 comments:

  1. salam bro, sekali lagi waktu sama kita keluarkan artikel tajuk sama :) dan sekali lagi versi saya lain hehehehe

    ReplyDelete
  2. Lerr Bro:-)

    Macam mana ni Bro:-)

    Entah-entah kita belum bayar bil Streamyx lagi kot:-)

    ReplyDelete
  3. tanay sama nik aziz..ituhudud punya pasala karpal singh sama lm kit siang dan anwar ade setuju kah??? nik azizi suka buat statement yang syok sendiri. Kalau mereke bertiga kata okey dan laksanakan baru saya sokong dia.

    ReplyDelete
  4. Kalau Bang Mat di tangkap khalwat sekali lagi..masa tu kelantan dah ada hudud pas II.

    Adakah Bang Mat akan didakwa di bawah undang2 Syariah pas iaitu hudud pas?

    Ala..lupa, bang mat bukan berada di kelantan dah, hotel perdana pon tengah di repair.

    Lepas lagi la...

    ReplyDelete
  5. Jika Pok Nik & parti Pas Kelantan betul2 perjuangkan Islam seperti didakwa mereka, masa inilah mereka patut melaksanakan Hudud diKelantan, buktikan segera tanpa banyak alasan. Tetapi didalam firasat aku sampai kucing bertanduk pun Pas di Kelantan tidak akan melaksanakanya, mereka takut kehilangan Dap serta penyokong2 bukan Islam & peluang kePutrajaya hancur berkecai.

    ReplyDelete
  6. Tun M dah restu, mungkin DS Najib juga restu, tapi adakah Nuar, Mat Sabu dan Karpal restu? Pok Nik nak langkah mayat Karpal, dia hidup lagi.
    Nanti kat akhirat Pok Nik akan jawab, sewaktu memegang kuasa dia tak dapat laksanakan hudud fasal Karpal masih hidup lagi.

    ReplyDelete
  7. Tuan TIS:-)

    Nuat baru jap tadi restu..

    ReplyDelete
  8. TAK SABAR NAK TUNGGU KOMEN DARI DAP PULAK..ANUAR TAHU KALAU NAK BUAT PUN UNDANG2 HUDUD NI MESTI MAKAN MASA..MASA TUE PILIHANRAYA PUN DAH LEPAS...DIA NAK GUNAKAN "KEIZINAN" DIA NIE UNTUK KEMPEN PRU13....

    ReplyDelete
  9. Tuan Anon 18:09:-)

    "DIA NAK GUNAKAN "KEIZINAN" DIA NIE UNTUK KEMPEN PRU13"

    Cukup cantik.

    ReplyDelete