Multiple Pages

06/09/2011

Mat Sabu Komunis Main Gila. KJ Naik Berang


Oleh : HHalem.

1- Sebelum ini dikatakan Pas sedang mencari jalan keluar dengan pantas, setelah terjerat dan tercekik leher angkara Mat Sabu yang meng-herokan Komunis sebagai wira negara mengangkat senjata menentang British. Mereka telah mencabar Umno untuk berdebat pula.


2- Peluang keemasan tiba apabila Khairy (KJ) menghulur dan mengumpan program ‘Pentas Patriot’ beliau. Pas mengambil peluang ini dengan menjemput Khairy untuk berdebat. 

3- Pas yang memulakan isu komunis sebagai hero dan Pas juga memulakan cabaran untuk berdebat dengan Umno. Pas Kelantan juga yang terlebih dahulu menjemput KJ untuk berdebat untuk menutup kemaluan yang dimulakan Mat Sabu Komunis. Bak kata semua pertelingkahan dimulakan oleh Pas.

"Sekretariat mewakili Kerajaan PAS Kelatan yang cadangkan saya (Ketua Pemuda) lawan Mat Sabu (Timbalan Presiden). Bukan saya yang cadang,"
– kata KJ dipetik dari AgendaDaily.

“Saya dah terima jemputan…untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islam Lundang Kota Baharu”

4- Seperti biasa KJ cukup ghairah apabila disebut ‘berdebat’ kerana itu memang kepakaran beliau yang gemar masuk frame (pemuda-pemuda lain tidak dibenarkan masuk frame oleh beliau)

"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong PAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu,"
       -         mesej twitter KJ pada Ahad dipetik dari AgendaDaily

5- Keghairahan KJ terbantut kerana Mat Sabu Komunis telah kecut teloq dan memberi alasan KJ lebih layak berdebat dengan Pemuda Pas. Ia sebagai penghormatan kepada KJ kerana Mat Sabu Komunis memang gentar berdebat dengan KJ.

"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak,"

“Pemuda PAS Johor 'layak' berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu”

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS,"
- kata Mat Sabu Komunis kepada Malaysiakini.

6- Sebagai ayat pelepas dan penyelamat diri, Mat Sabu Komunis berkata beliau hanya layak dan akan berdebat dengan TS Muhyiddin Yassin, Timbalan PM dan Timbalan Presiden Umno. Di mana beliau ketahui ia tidak akan berlaku. Lihat bagaimana The MInsider membatuapi dan mencucuk dan melagakan Mat Sabu Komunis dengan TS Muhyiddin Yassin.

“Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” berkata “Timbalan Presiden Umno OK” apabila ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Muhyiddin yang juga anak jati Johor. Muhyiddin juga timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor. Ditanya di mana lokasi debat itu boleh diadakan Mohamad hanya menjawab “Terserah”.

7- Apa lagi apabila ditolak, KJ bukan main naik berang kerana ini lah peluang terakhir beliau untuk menaikan image sebelum PRU13. Beliau hampa.

"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah..Tewas sebelum tempur,"

"So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," kata KJ dipetik dari Mkini.

8- Perkara-perkara diatas berlaku semalam, apa kah berita hari ini, kerana bola sekarang berada di kaki KJ untuk tindakan selanjutnya.

9- Ada kah KJ akan mengunakan ayat pelepas dan penyelamat diri seperti yang digunakan oleh Mat Sabu Komunis.

Perlu kah KJ melayan kerenah gila Mat Sabu?

Jika tidak perlu, KJ boleh lah menyatakan beliau dijemput istimewa oleh Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu Komunis sahaja. Maka hanya Mat Sabu lah yang paling layak untuk beliau berdasarkan prinsip lidah tidak bercabang Pas. Lain-lain Pemuda Pas tidak layak.

1 comment:

  1. Mat Sabu angan-angan tinggi nak debat dengan TS Muhyiddin. Sebenarnya Mat Sabu hanya layak berdebat dengan kucing TSM aje.

    ReplyDelete