Multiple Pages

06/09/2011

TERKINI: Khalid Samad Di Dakwa. Memalukan !


Oleh : HHalem.
 Khalid Samad
Dr Rani
Dua contoh pemimpin PAS yang engkar peraturan.

1- Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah. Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

2- Tarikh perbicaraan 24 November ini. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

3- Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

4- Jais turut menarik balik tauliah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu, selepas menerimanya tahun lepas, dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais,"
- Dr Rani kepada Harakahdaily.

5- Kita mengharapkan Khalid didenda RM3,000 dan dipenjara 2 tahun sebagai contoh teladan kerana beliau seorang pemimpin yang engkar dengan peratoran yang ditetapkan oleh pemerintah.

2 comments:

  1. Tuan tolong check, dia orang ni bagi ceramah kat surau, tapi dia orang belajar kat gereja mana?

    ReplyDelete
  2. TS hehehe

    Khalid Samad ni belajar kat gereja St Michael.

    ReplyDelete