Multiple Pages

31/10/2011

Beza Antara Taliban, Elton John, Pemuda Pas Dan Dr Asri. (Update: Pemuda PAS Bebal).


Oleh: HHalem.

1- Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz kerana mendesak supaya konsert rock Elton John di Genting Highland pada 22 November dibatalkan disebabkan penyanyi itu melambangkan Gay dan menggalakan maksiat.

Dr Asri membidas, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim...Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu,"
-      Dr Asri di putar Mkini.

Dr Asri menasihatkan Pemuda Pas supaya "jangan tiru Taliban".

2- Dalam tindak balasnya Ketua Pemuda Pas Shahril menghentam Dr Asri.

“Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat.  Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini”
-      Shahril dipetik HarakahDaily

Lihat lah dua unsur pandangan dan terjemahan yang berbeza yang boleh mencetuskan perbalahan. Satunya “jangan tiru Taliban” dan satu lagi “diresapi unsur Taliban”.

Jangan Tiru Taliban + Diresapi Unsur Taliban = Sebiji macam Taliban.

Elton John ini pulak jika beliau telah declare, malah ‘kawin’ sesama lelaki, lain pulak ceritanya. Lain lah jika kita tidak mengetahui yang beliau adalah Gay.

Penulis termasuk pengemar muzik-muzik klasik Elton John semenjak dari awal-awal lagi. Tetapi sekarang nak tengok secara live pun dah geli geleman.

Hayati seni pun hayati seni juga, tapi geli geleman tetap timbul apabila beliau sealiran dengan Anwar Al Bontoti.

Update:

Betul bagai diduga seperti di atas, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam mengkritik Pemuda PAS umpama “lebih sudu dari camca” menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Genting Highland.

“Saya tidak kata PAS Taliban saya kata jangan tiru Taliban ”

Apa yang dilihat disini, seperti biasa The Malaysian Insider berjaya mengapi-api Dr Asri dan Pemuda PAS. Dengan hanya satu panggilan talipone sahaja mereka berjaya melaga-laganya sesiapa sahaja.

Jika sekali pandang memang dilihat Pemuda Pas sebagai bebal seperti pemimpin-pemimpin tertinggi mereka.

No comments:

Post a Comment