Multiple Pages

30/10/2011

Tok Him Naik Berang Apabila Di Cabar. Takbur Dan Bongkak Pas Menular.


Oleh: HHalem.

1- Semalam kita melihat bagaimana Pok Nick melalui admin facebook beliau menyuarakan dengan begitu angkuh, bongkak dan tahap takbur dengan apa yang mereka perolehi dari hasil balak dan pasir di Kelantan, Kedah dan Selangor.

Pok Nick meminta supaya pembaca, "membandingkan dengan menggunakan akal yang waras" dengan apa yang Pas perolehi dibandingkan dengan kerajaan semasa BN memerintah.
Ketakburan Pas memang terserlah di sana sini >


2- Tiba-tiba hari ini kita dengar pula kebongkakkan pemimpin Pas telah menular ke rata pelusuk pemikiran pemimpin dan penganut Pas.

Mari kita lihat takbur Pas yang dengan cepat menular, apabila Tok Him membidas terhadap Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad yang yakin Tok Him akan berkubur pada PRU13 nanti.

Sifat semulajadi Tok Him pantang dicabar oleh PAS, beliau dengan berang menyatakan Pas memang, “bongkak dan takbur”.

“PAS makin bongkak..takbur.. mana mereka tahu siapa menang siapa kalah PAS ini sudah ganti Tuhan ke ”

“Tapi nyawa ikan(Pas) dengan majoriti dua kerusi (DUN)... nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008. PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu pasti PAS tidak beri laluan kepada saya ”

“Puak PAS ini kepala besar cuma otak kurang dan lebih jijik takbur...Nasihat saya jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur.  Sama-sama kita tengok kalau panjang umur siapa yang terbujur ”  

“PAS tahu jika satu lawan satu dengan saya insya-Allah kita tengok siapa berputih mata Sebab itu PAS harap bukan Tok Him (saya) calon...Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah ”

“PAS Kelantan seolah-olah sakit tenat dengan pelbagai penyakit ”.

Riak Pas yang bongkak, angkuh dan takbur, anjuran Pok Nick dan Hadi Awang, merebak di mana-mana sahaja didalam Pas.
Hanipa Ahmad - Pasir Mas.

PAS pernah juga angkuh yang mereka akan menang besar di Kelantan pada PRU12 pada Mac 2008, tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuan Tok Him. Majoriti Tok Him ketika itu ialah 8,991 undi.


Sebahagian sumber dari Harakah.


No comments:

Post a Comment