Multiple Pages

02/10/2011

Penyataan Rasmi Hudud PAS. Akhirnya Pok Nick Mengaku Kalah Dengan Ayat “Jika Pakatan Terajui Putrajaya”.


Oleh: HHalem.

Kenyataan Rasmi Pendirian Hudud PAS:
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011


.....................................................................

HHalem-
1- Baru sekarang dikeluarkan Penyataan Rasmi Hudud, baru lah tertib sikit, walaupun agak lambat. Bermakna pemerintahan PAS amat keliru dan berjaya mengelirukan semua manusia sebelum ini dengan pendirian mereka yang pelbagai.

2- Bermakna juga sebelum ini segala yang dimerabankan oleh Pok Nick, memang tidak terpakai langsung. Dengan adanya Pok Nick, maka beliau telah berjaya memberi image buruk PAS dan Melayu kepada semua orang bukan-Islam dengan approach beliau yang tidak professional langsung.

Mari kita lihat huraian kepada Penyataan Rasmi PAS.

3- Bunyi ayat pertama Pas cukup sedap dan menyakinkan iaitu, “aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia”. Ia seolah-olah orang lain sekarang (Umno) tidak pernah menjalankan perjuangan didalam lingkaran frame Perlembagaan. Malahan ayat ini adalah cedokan dari dasar perjuangan Umno-BN.

Pada mulanya ayat pertama memang bercakap ‘macam-bagus’ dan hampir semua terpukau dan percaya dengan manis mulut PAS. Kemudian mula lah mereka temberang. Lihat ayat ke dua.

4- PAS yang pada mula dan kononnya bergerak didalam lingkaran frame Perlembagaan, kemudian bercanggahan polisi mereka sesama sendiri apabila menyatakan dengan, “tegas komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini”

Perubahan menyeluruh” membawa maksud yang amat mengerikan. Lebih pelik lagi ia akan berdasarkan Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

Berapa ekor manusia yang menyokong Buku Jingga (Orange Book)?
Perubahan menyeluruh negara juga akan memasuki frame ruang lingkup dan akhirnya negara akan terlingkup digadai kepada DAP Komunis.

Banyak contoh percanggahan apa yang terkandung didalam Buku Jingga dan penyataan rasmi hudud dengan apa yang dipraktikkan diluar oleh Anwar dan Karpal. Pok Nick juga turut bersubahat dan terlibat.

a- Contohnya Buku Jingga perkara Para 1,

“Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan...”

b- Pada hakikatnya diluar Anwar yakin dan uar-uarkan pluralisma kesamarataan agama di dunia, iaitu tiada mana-mana kepercayaan yang lebih tinggi atau mulia dari yang lain, semua sama walaupun agama Islam. Beliau turut menyokong golongan Gay. Ini semua bercanggahan dengan Buku Jingga mereka sendiri dan agama rasmi Islam yang mereka akui didalam buku tersebut.

c- Hakikatnya juga diluar Karpal bermati-matian tidak menganggap Malaysia ini negara Islam dan langkah mayat beliau dulu, walaupun perlaksanaan hudud sekali pun. Ini semua temberang dan bercanggahan dengan apa yang tercatit dalam Buku Jingga.

5- Walaupun baru menyedari bahawa perlaksanaan hudud bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi PAS yakin bahwa penafsiran nya sangat relatif terutama kaedah untuk mengatasinya.

Atas dasar ini, baru PAS teringin hendak memperkanunkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan.

Menyedari semua hakikat bahawa PAS tidak bersungguh-sungguh dan terus dimasukan perakuan bahawa, “kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya”

6- Perakuan terakhir PAS itu samada berbetulan atau tidak, hari ini kita lihat DS Najib mengutuk dan memerli-menyindir PAS dengan menyatakan walaupun PAS nampak tegas tetapi masih tidur dan tidak serious.

Niat melaksanakan Hudud itu sudah lama dicanang oleh Pas tetapi tiada sebarang perubahan.

"Kita nak tengok serius atau tidak serius mereka ini, sebab cerita Hudud ini bukan cerita baru, daripada dulu lagi mereka dah sebut perkara ini, tetapi tak menjadi langsung,”
-      Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato” Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

7- Semalam penyataan Najib diatas memang terbukti sekali lagi bahawa PAS memang tidak serious.

Pok Nick setelah tidak nampak jalan dan menemui jalan buntu hasil rintangan dari DAP, pengubal undang-undang memberi pandangan ‘no-go’ dan enakmen masih belum diperkanunkan lagi, maka akhirnya Pok Nick mengunakan ayat penutup tirai terakhir beliau.

“PAS akan laksanakan hukum hudud jika Pakatan terajui Putrajaya”

Itu adalah ayat penutup terakhir, “jika Pakatan terajui Putrajaya”. 
Ayat mengaku kalah. 
Ayat bangun nak buat kemudian terduduk.

Soalannya bila zaman Pakatan akan terajui Putrajaya?

Jika tidak berjaya ke Putrajaya, maka salah rakyat lah, kerana tidak mengundi Pakatan dan tidak pandai memilih.

Temberang cukup jelas.

4 comments:

  1. PRU 13, PAS cuma target 60 kerusi Parlimen. Nik Ajis mimpi lagi.

    ReplyDelete
  2. Nik Ajiz..,

    Mu ni jenih kkecek bbelit..!!

    ReplyDelete
  3. Tuan TIS;-)

    Pas60+DAP+PKR= 2/3 x Jumlah krusi.

    Masih x sampai, ka Tuan.

    ReplyDelete
  4. ayat tonggeng terbalik dari tuan guru nik aziz bin nik mat, mursyidul am pas. ayat inilah yang akan menyelamatkan dirinya kerana tidak melaksanakan hudud di kelantan walaupun sudah lebih 20 tahun memerintah kelantan. bukannya nak melaksanakan hudud, nak memulakannya pun tidak pernah dibuat. selama 20 tahun lebih, hanya modal air liur sahaja nik aziz dgn hududnya. rakyat kelantan dah lama menanti perjuangan menteri besar aka mursyidul am pas memartabatkan daulah Islam dgn 'berperang'dgn kerajaan persekutuan utk melaksanakan hudud. sistem keadilan, mahkamah, undi majoriti rakyat dan berbagai lg dh terhidang depan mata, nik aziz hanya reti berdolak dalik. ayatnya "semua ini salah umno-bn'. kenapa tidak berjuang habis2an sehingga putus nyawa kerana Islam? takut masuk penjara? kalau hanya kerana ketakutan dgn nikmat dunia yg sementara ini, selautan air liurmu bercakap soal hudud tidak akan memberi apa2 makna...sekadar pandangan

    ReplyDelete