Multiple Pages

02/10/2011

RUNCING:- Karpal Boikot Hari Jadi PAS. Karpal Dan Pok Nick Runcing Bergaduh Ala-ala Orang Tua. (update)


Oleh: HHalem.
"Pulang-Paku-Buah-Keras"

1- PAS menyambut hari ulangtahun ke-60 (1 Oktober 1951) semalam di Dewan Milenium, Kepala Batas seolah-olah berpesta kerana mendapat sambutan hangat. PAS lahir pada 23 Ogos 1951.

Turut hadir termasuk Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

2- Apa yang jelas semalam Karpal Singh tidak hadir tanpa diketahui sebabnya oleh sesiapa pun yang dekat dengan beliau. Sebagai orang kuat dan Pengerusi DAP beliau seharusnya hadir atau tidak hadir bersebab untuk mengelakan spekulasi yang beliau berkrisis dengan Pok Nick.

Spekulasi ketengangan mereka berdua cukup kuat apabila Pok Nick juga tidak hadir sebelum ini pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pada Rabu 28 September untuk membincangkan kes perlaksanaan hudud.

Pok Nick sekurang-kurangnya telah merancang ketidakusuran beliau 3 hari lebih awal dan turut menghantar Exco Takiyuddin Hassan sebagai wakil beliau.

3- Berlainan sekali dengan Karpal yang memboikot hari kebesaran PAS tanpa khabar berita dan seolah-olah bergaduh ala-ala orang tua yang memerlukan perhatian. Apa alasan yang akan diberi oleh Karpal memang telah terlambat kerana beliau telah ketinggalan kapal.

“Orang tua yang memerlukan perhatian” adalah ungkapan Karpal kepada Pok Nick sebelum ini.

Perbuatan Karpal seolah-olah ‘pulang paku-buah-keras’ kepada Pok Nick dan yang menjadi masalahnya ialah kedua-dua mereka sudah tidak ada buah untuk dikeraskan.

Ini kah yang kita mahu berlaku apabila mereka memimpin negara?

2.32 pm




Update: 5:10 pm

Ini jawapan Karpal apabila disoal di Penang kenapa beliau tidak hadir.

Kata Karpal kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat baik ... bukan, ini bukan boikot,"


Pulau la tu maknanya, bezanya dengan Pok Nick ialah Karpal tidak maklum dengan awal bahawa beliau akan ‘tidak-sihat’.

Tidak sihat pada hari sambutan harijadi PAS sahaja, hari ini terus sehat dengan sidang akhbar.

Sapa di ibupejabat DAP yang terima maklumat dari Karpal, kemudian tidak maklum kepada pihak urussetia? Nak mampus dengan girlfriend Kitsiang.

Temberang lagi !

3 comments:

  1. Tuan HH,
    Tak da orang nak tolak wheel chair dia, tu sebab dia tak dapat hadir.

    ReplyDelete
  2. Atau dia dah kiokkk, Tuan.:-)

    ReplyDelete
  3. Retak menunggu belah !!

    ReplyDelete