Oleh: HHalem.
1- Apabila Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengugut akan melancarkan Bersih 3.0, ramai yang tidak ambil pusing kerana beliau sebelum ini beriya-iya benar akan berhimpun di HIMPUN di Stadium Shah Alam, tetapi menikus apabila diherdik dan diberi amaran oleh Hadi Awang.
“Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan Bersih 3.0 dengan gabungan NGO pertubuhan bukan kerajaan dan PAS ”
- Nasruddin di sidang media di ibu pejabat PAS pada 12 November.
2- Kali ini Nasruddin tidak bermandai-mandai sendirian kerana beliau mendapat sokongan Hadi Awang yang masih lagi bercita-cita tinggi untuk menjatuhkan kerajaan dan cetusan huru-hara ala-ala Timur Tengah.
“Barisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan demokrasi. Gelombang perubahan tidak boleh dihalang jika berlaku”
– Hadi di Majlis Pelancaran Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4x4 Adventure Kembara, di Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.
3- Laungan Nasruddin kemudiannya disambut oleh Badrul Hisham Shaharim, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan berkata perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan bila-bila masa bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan sistem pilihanraya di negara ini.
4- Pemuda Pas sudah mengugut, Pemuda PKR sudah mengancam, Pemuda DAP seperti biasa, playsafe dan mencerdikan diri?
Atau adakah seperti biasa, bab urusan rusuh merusuh ini dibiarkan kepada orang-orang Melayu sahaja, kerana Melayu amat pakar didalam hal-hal huru-hara dan gerak gempur.
Atau adakah seperti biasa, bab urusan rusuh merusuh ini dibiarkan kepada orang-orang Melayu sahaja, kerana Melayu amat pakar didalam hal-hal huru-hara dan gerak gempur.
Apa alasan sekali pun yang diberi oleh Pas-Pkr untuk merusuh, ia hanyalah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Wahal sebab utama ialah untuk menimbulkan huru-hara sempena PRU 13 untuk mengulangi zaman kegemilangan mereka pada tahun 2008 dahulu.
Kali ini, dimanakah peranan Ambiga, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Jawatankuasa Bersih 3.0.?
Adakah Bersih 3.0, akan hanya diterajui oleh pemuda-pemuda Melayu?
As-Salam Tuan Hhalem,
ReplyDeleteBeberapa kemungkinan yang Akan berlaku pada BERSIH 3.0 ini.
Maka bijak pandai ( sebenarnya bodoh piang spesis Melayu ) dari PAS Dan PKR Akan mula strategi seperti berikut:-
1. Nak hantar memorandum pada DYMM YDP Agong baru.
2. Mengadakan BERSIH 3 di beberapa negeri.
3. Mencari, mengali Dan mengorek cerita cerita bodoh untuk Fitnah Jihad.
4. Memberi peluang kepada Suhardy Mat Isa untuk mati untuk Kali ketiga Dan terus di kebumi!
5. Memohon Daripada pihak polis Menu makan yang lebih baik apabila di tahan nanti.
6. Peluang untuk Mat Sabu Dan Aljubury, memperbaiki lakonan dengan lebih baik lagi.
7. Memutar belitkan maklumat untuk membusukan kerajaan.
8. Menunding jari pada FRU Dan Polis Akan "kekejaman" mereka.
9. Mempergunakan Mahasiswa Chap Ayam untuk buat kerja bodoh.
10. Mengalih pandangan ramai kepada isu Liwat, China Doll Dan Thailand Trip Anuwar.
Semuga Mangkok piang ini mohon buat di Sepang Circuit...tak kacau lalu lintas masyarakat Kota.
Dan untuk Kali ini, pasti Menteri Kerismuddin Akan beri Amaran Keras Keras Keras Viagra 3.0 sahaja.
ARK2
Tuan ARK2:-)
ReplyDeleteIn summary thy are all Piang's..:-)
Kita tunggu apa piang-piang kali ni.
Kita x usah bimbang dengan ugutan Ketua Pemuda Pas & Pkr untuk mengadakan Perhimpunan (merusuh) Bersih 3.0, jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, ada kah anda sudah lupa? dengan Super Hero Pemuda Umno kita, dia akan mengarahkan penuntut2 IPTA seluruh Malaysia kejalanan menghalangnya, sebab itulah Sikitol ini beriya-riya menyokong supaya AUKU dipinda.
ReplyDeleteNampak dengan jelas, orang Melayu sendiri, menjadi dalang kepada Bangsanya, cuba kita lihat kpd Ketua2 pemuda tiga parti berkenaan, ketiga-tiganya, serupa, menyokong kepada yang Negetif, menghalalkan cara, gejala ini jika x dibendung akan memudaratkan golongan belia Melayu.
Terima kasih Tuan Mymassa:-)
ReplyDeleteSaya yg kerdil ini memang menunggu Tuan yg cukup tersohor, untuk di linkan.:-)