Multiple Pages

13/11/2011

Raja Nong Chik Terlajak Kata Dan Penduduk Kampung Terhina.


Oleh: HHalem.

1- Rasa-rasanya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,  Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, telah give-up dan fedup dengan kerenah penduduk Kampung Baru yang berdolak-dalih mengenai pembangunan kampung mereka.

Kampung Baru mempunyai 800 lot tanah dan 5,000 pemilik dan berusia 100 tahun.

Kalau tidak percaya kepada agensi kerajaan,  pada saya maknanya,  mereka tidak percaya kepada kerajaan yang ada dan kalau tidak percaya,  mereka kena tukar melalui pilihan raya

“Biar pilihan yang tentukan. Jika ia mengatakan untuk teruskan pembangunan itu kita teruskan ”. 

Terjemahan kasar lebih kurang, ‘kalau tidak sukakan kerajaan, jangan pilih BN pada PRU 13 nanti’

Bagi seorang pemimpin politik seperti beliau, ia adalah cukup keras dan tidak adil kepada rakyat yang menyokong beliau dan BN. Raja Nong Chik sudah terlajak kata. 

2- Pernah satu ketika, Noh Omar terpaksa meminta maaf secara terbuka melalui media apabila beliau mengeluarkan kenyataan kepada pelancung China bahawa, jika tidak suka dengan undang-undang Malaysia mereka boleh balik ke negeri masing-masing. Jangan datang Malaysia.

Itu pada zaman Pak Lah. 
Adakah DS Najib perlu meminta Raja Nong Chik meminta maaf secara terbuka kepada penduduk Kampung Baru?

6 comments:

  1. apa yg dia kata tu betul tapi pendudok LAGI BETUL, kalau depa tak percaya dgn polician yg ada sekarang ni. sebab semua kaki kelentong dan buat duit untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. salam HHalem , KEBETULAN pula satu kepala kita lagi ye..:)

    ReplyDelete
  3. Ikut kata Pak Menteri!Kalu tak suka kerajaan BN pangkah pembangkang.Apa yg susahnya?

    ReplyDelete
  4. Betui Tuan Din:-)

    Kita banyak kebetulan, mungkin makan beras Basmati satu kampit 55 ringgit.:-)

    Mungkin TokGuru sekolah dulu sama kot:-)

    ReplyDelete
  5. Pak Menteri pun kena paksa oleh developer..:(
    Paham2 aje lah...

    ReplyDelete
  6. Tuan Ray:-)

    Mesti paksaaa rela..billion-bilion maaa:-)

    ReplyDelete