Multiple Pages

23/11/2011

Biar Betul !. Muhyiddin Berlembut Dan Janji Manis Apabila Berada Di Gelanggang Negeri Kelantan.


Oleh: HHalem.

1- Satu sesi dialog telah diadakan di majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari ini. Turut hadir ialah;

a- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DS Mustapa Mohamed,
b- Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
c- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (PAS).

2- Apabila ditanya mengenai isu royalti minyak, ini jawapan Muhyiddin Yassin.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,"

Ia cukup pelik apabila Bernama melaporkan bahawa Muhyiddin berkata, “soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan dan ia mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan”


Ia menjadi pelik kerana selama ini kita beranggapan bahawa ia adalah kes jalan mati bagi PAS untuk mendapat bayaran hasil minyak kerana tidak disebut perkataan ‘royalti’ di dalam perjanjian dengan Petronas.

Biasanya Nazri di Jabatan Perdana Menteri akan mengatakan ‘no-way’ dan ‘dead-end’ kepada PAS dan jangan bermimpi disiang hari untuk mendapatkan apa-apa bayaran dari minyak didalam bentuk ‘royalti’.

Tiba-tiba hari ini Muhyiddin Yassin pula memberi sinaran dan harapan baru mengunung kepada pemimpin PAS. Ia masih ada cahaya dihujung terowong yang terlalu panjang kepada PAS kerana, “soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan”

Ada kah ini mainan Muhyiddin kerana beliau berada di gelanggang Kota Baharu?

Atau Muhyiddin menyindir PAS supaya jangan bermimpi kerana, "ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama,"

Muhyiddin pun tahu bahawa bekerjasama sebagai satu pasukan dengan PAS hanyalah mimpi indah yang mustahil dipersetujui selagi Pok Nick masih hidup.
  
Sumber utama Bernama dipetik Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment