Oleh: HHalem.
Masalah yang telah berulangkali sejak azali.
1- Biasanya Projek sudah terlaksana berbulan-bulan, tetapi Kontrak Perjanjian belum ditandatangani.
2- Malahan Progress Payment sudah dibayar (1st progress sahaja, tidak lebih dari dua kali bayar), tetapi aggrement atau Kontrak Perjanjian belum lagi ditandatangani.
3- Masalah utama dan puncanya, selain kelewatan dan birokrasi pejabat kerajaan, ialah Performance Bond atau Insurance Gurenti yang amat lewat dibekal oleh Kontraktor. Kontraktor yang mempunyai masalah dan tidak mampu mengeluarkan Performance Bond.
Nilai Bond Perlaksanaan biasanya di kehendaki oleh Bank ialah 1 to 1. Bermakna jika Bond RM 300,000 maka Kontraktor hendaklah ada 300,000 tersimpan di Bank sebagai sandaran atau cagaran. Itu masalah utama kontraktor kebanyakan. Bagi GLC atau PLC, ia tidak patut bermasalah langsung. Tetapi yang buat-taik ialah GLC kerana 'connection' yang mereka ada.
4- Biasanya tarikh perjanjian akan di back dated pada tarikh awal sebelum mulanya projek, setengahnya hampir berbulan-bulan terkebelakang.
5- Ini amat ketara di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Pertanian/Mardi, Syarikat Perumahan Negara (SPN), malah diseluruh pentadbiran Kerajaan.
6- Jika masalah ini dapat di selesaikan oleh kerajaan yang dibawa usul oleh PAC, kita akan tabik-spring kepada pentadbiran Najib.
Satu lagi masalahnya ialah kenapa baru sekarang PAC mendedahkan perkara ini setelah bertahun-tahun beroperasi?
Satu lagi masalahnya ialah kenapa baru sekarang PAC mendedahkan perkara ini setelah bertahun-tahun beroperasi?
No comments:
Post a Comment