Multiple Pages

19/11/2011

HEBOH: Bush & Blair Di Bicara Di KL Atas Jenayah Perang.


Oleh: HHalem.

1- Hari ini Sabtu 19 November, The Malaysian Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW)  akan mengadakan perbicaraan selama 4 hari terhadap mereka-mereka yang bertanggungjawap terhadap jenayah perang menakluki Iraq pada March 2003. Mereka yang terlibat ialah;

a- Bekas President US George W Bush,
b- Bekas PM UK Prime Minister Tony Blair and
c- Bekas Vice-President Dick Cheney,
d- Bekas Secretary of Defence Donald Rumsfeld,
e- Dan lima yang lain-lain.

Ia akan diadakan di mahkamah terbuka di Ibupejabat Yayasan Al- Bukhary di Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Initiatif  untuk process mengkaji fakta-fakta yang tidak dipersetujui dan mengambil keputusan (adjudicated) di buat oleh Kuala Lumpur War Crime Tribunal (KLWCC). Ia akan diadili oleh 7 hakim kanan yang dikepalai oleh hakim bersara Federal Court, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Kesalahan jenayah berdasarkan perlanggaran piagam Bangsa-bangsa Bersatu, Undang-undang Antarabangsa, Geneva Convention of 1949 dan Universal Declaration of Human Rights.

Tidak pula diketahui samada jika mereka disabitkan kesalahan akan "dihukum penjara atau dihukum gantung", tetapi yang pasti ialah kesalahan mereka akan di umumkan di seluruh dunia sebagai orang yang bersalah.

Terjemahan bebas dari Nuraina Samad di sini>

1 comment:

  1. http://samakita.blogspot.com/2011/11/wall-facebook-blue-panas-sila-lapor.html

    bro tolong jadi kan isu..dan buat sesuatu pada laman facebook blue yang saya dah orint skrin dan linkan

    ReplyDelete