Multiple Pages

19/11/2011

Pok Nick Pening Kepala Dan Menyesal. China Tuntut Bertanding Guna Bendera PAS.


Oleh: HHalem.

1- Pok Nick dan pemimpin tertinggi PAS tengah pening kepala kerana Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw, telah memohon kepada mereka untuk diperuntukan kepada ahli Dewan untuk dipertandingkan pada PRU13 akan datang.

Hu Pang Chow berkata kepada The Mole bahawa, hudud bukanlah masalah bagi mereka sekarang.

“Hudud bukanlah isu ketika ini. Kami mahu bertanding diatas lambang PAS” 
– Pang Chow diterjemah bebas  dari The Mole >

2- Sebelum ini Hu menerangkan Dewan tidak menentang hudud tetapi merasakan ia belum lagi sesuai dilaksanakan sekarang. Konflik antara komponen Pakatan Rakyat sekarang perlu diletak ketepi dahulu kerana pilihan raya.

Mari kita lihat dan tunggu adakah Pok Nick akan bekerjasama dengan semua kaum seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini. Atau adakah ia tipu muslihat PAS sahaja.

Mula-mula namanya ‘KELAB’ kemudian naik taraf jadi ‘DEWAN’.
Kemudian mahu bertanding atas nama PAS.

Apa lagi agak-agaknya yang mereka akan tuntut selepas ini?
Kepada penganut PAS yang mahir berfikir sudah tentu dapat rasakan apakah kesudahan dengan parti PAS.

Orang tua-tua kata, ‘kasi betis nak paha’.
Rasakan ! PAS tentu menyesal.

3 comments:

  1. bagi betis depa mau paha,punggung pun pas sanggup bagilah.

    ReplyDelete
  2. PAS TIDAK AKAN MENYESAL. MEREKA PASTI AKAN BERI KERUSI KEPADA PUAK CINA ITU DI KAWASAN KUBU KUAT MEREKA. DAN CALUNPAS AKAN BERTANDING DI KAWASAN PAS BERPOTENSI UNTUK KALAH.

    ReplyDelete
  3. Mereka akan tuntut jadi Musyidul Am Pas lak lepas ni atau timbalan Presiden pulak..habiss laa mat sabu...gigit Labu!

    ReplyDelete