Multiple Pages

18/11/2011

Kedah Buat Gempaq Dahh. Kedah Akan Laksana Hudud Selepas Kelantan.


Oleh: HHalem.
Taulan Rasul

1- Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Kedah akan melihat Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya di Negeri Kedah.

Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri pada 17 November.

“Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat.  Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran ”

“Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik (juga di Kedah)” 
- Taulan Rasul dipetik Bernama Online.

2- Nampak gayanya Pok Nick bukan sahaja tertekan oleh rakyat Kelantan setelah 22 tahun, tetapi sekarang rakyat Kedah juga sedang menunggu beliau.

Perhatikan sana sini pemimpin PAS memang suka berbohong, tidak terkecuali pemimpin Pas di Kedah. Si Taulan Rasul berbohong menyatakan di dalam Dewan bahawa, ‘kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran ‘ untuk Kelantan laksanakan hudud.

Ini adalah pembohongan besar, padahal Jawatankuasa Teknikal Hudud di Kelantan masih lagi kelamkabut dan masih tidak tentu hala keputusan mesyuarat mereka.

Di dalam hal ini rasa-rasanya Taulan Rasul pandai-pandai syok sendiri didalam Dewan kerana Tok Azizan masih lagi tak tau pa-pa.

PAS bohong sana sini.

5 comments:

  1. Salam HH, ada di Dewan ke tadi.
    Puak PAS ni dah mereng kut.
    Memang betul Taulan Ckp gitu.
    Seblm tu Cg Ki, YB KKetil dlm ucapan usul tkasih, secara lantang dan jelas menyebut Kedah adalah negeri kebajikan, sesuai dengan keputusan Muktamar PAS yang lepas.
    Sorang sebut hudud, sorang sebut kebajikan. Tak tau lah, apa ke sudahnya

    ReplyDelete
  2. salam HH,

    dah nampak dah yg KERAjaan kedah dok bercakap lidah bercabang macam paria

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  3. Pakat ramai-ramai kita alih PRU13 nih. Dah makin celaru aku tengok.

    ReplyDelete
  4. drama tamil pun kalah lagu ni...
    satu kerajaan janji nak buat hudud dah 20 tahun tp tak buat2 atas berbagai alasan & asyik nak salahkan pihak lain sedangkan hakikat sebenar pas kelantan TAK MAMPU!
    satu lagi kerajaan, pas kedah nak tunggu lepaih kerajaan pas kelantan buat, baru dia nak ikut buat!!! hudud pas ni macam main aci tak aci ka? nampak sangat nak permainkan rakyat terutama ahli2 pas totok. malang bagi ahli pas yg dah meninggal, tak dan nak 'merasai' hukum hudud dilaksanakan setelah sekian lama didodoikan dgn lagu yg tenggelam timbui ni .. lepaih janji, janji lagi, janji permain2kan hukum Allah! mengong ka apa?

    ReplyDelete
  5. tu dia....macam mana pun nak jugak salahkan BN ‘kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran ‘.
    Heran betul apa pasal dorang tak salah kan jawatankuasa teknikal HUDUD kelantan yang tak siap2 kajiannya setelah 20 tahun perjuangkan hudud, eh silap kajian baru nak buat...mulut jer berbuih menipu nak buat...

    ReplyDelete