Multiple Pages

18/11/2011

Penangkapan ISA: Terbukti Terdapat Kumpulan Penganas Di Dalam PAS.


Oleh: HHalem.
Pemuda PAS Penganjurkan Penganas dan Militan.

1- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan menangkap 7 warganegara Malaysia dan 6 warganegara asing di Sabah mengikut Seksyen 73(1) AKDN (ISA) 1960, antara 14 hingga 16 November kerana menghidupkan kembali gerakan militan di Malaysia.

"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah” – Ismail Omar.

Selepas penangkapan tersebut oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman , Dewan Pemuda PAS Pusat dengan beraninya dan bodohnya tampil ke hadapan meminta polis membebaskan kumpulan penganas tersebut yang mereka katakan ‘Pendakwah’.

“Dewan Pemuda PAS Pusat menempelak sekeras-kerasnya tangkapan yang dikenakan ke atas 10 orang Pendakwah di Tawau, Sabah di bawah Akta kuku besi, ISA pada 14/11/2011 yang lalu”
-      Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (JUHAM) Dewan Pemuda di petik Harakah.

Dengan menempelak sekeras-kerasnya meminta dibebaskan dengan menyatakan kumpulan tersebut adalah ‘Pendakwah’, maka ia dengan rasminya dan mudah ditafsirkan bahawa kumpulan militan itu adalah bersangkut paut dengan Pemuda PAS. Ketidakcerdikan Pemuda PAS amat terserlah kerana segala bukti akuan mereka tercatit didalam portal lidah rasmi Pas secara rasmi di sini >

2- Ini memperkukuhkan lagi bukti dan memang ada dan masih ada lagi kumpulan pengganas dan militan di dalam pergerakan Pemuda PAS yang bergiat di pendalaman Malaysia untuk mengelak daripada di kesan. Secara underground nya mereka masih lagi aktif.


Kumpulan-kumpulan ini lah akan di gerakan jika diperlukan semasa rusuhan-rusuhan yang di anjurkan Pakatan untuk menimbulkan huru-hara. Contohnya Bersih 2.0. Malah Bersih 3.0 juga sedang dirancang oleh Pemuda Pas untuk mencetus kembali zaman kegemilangan mereka pada tahun 2008.

3- Dengan tangkapan ini, ia juga membuktikan bahawa kebodohan Pas berada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini. Dari pemimpin tertinggi Pas ke Pemuda Pas sehingga ke ‘Pendakwah’ mereka yang berada dihutan belantara. Buat apa 6 orang bangsa asing bersama-sama ‘Pendakwah’ Pas?

Apa tidak bodohnya. DS Najib baru sahaja mengumumkan pada 16 September untuk memansuhkan Akta ISA dengan sertamerta. Kemudian penganut-penganut PAS yang kurang cerdik sudah menggangap Akta tersebut boleh dipenggang kertas dan dikoyak begitu sahaja, tanpa melalui proses-proses pembubaran.

Bukan kah semua rakyat Malaysia tahu, termasuk ahli PAS yang pintar, bahawa Akta ISA tidak akan ditamatkan begitu sahaja sebelum terganti dengan dua akta terbaru. Ia bertujuan supaya tidak akan ada gap terlopong diantaranya supaya orang-orang ganas dan bodoh-piang seperti pengganas Pemuda PAS mengambil peluang dan keluar beramai-ramai dari lubang tikus.

Perumpamaannya, penganas militan Pemuda PAS ini seperti tikus. Sebaik sahaja lampu dipadam terus beramai-ramai berduyun-duyun keluar untuk masuk perangkap. Apabila kena tangkap terus terkejut kerana ingatkan ISA sudah dihapuskan. Berduyun-duyun lari sembunyi semula kedalam hutan.

Macama ini kah pemikiran pelapis Pemuda PAS yang bercita-cita memerintah Malaysia? Bermaharaja lela lah komunis nanti yang akan diterajui oleh Mat Sabu.

1 comment:

  1. memang dari dulu lagi puak2 pas ni pernah di tangkap dan di soal siasat kerana terlibat dalam aktibiti subersif...salah seorg anak nik aziz pernah di tangkap berkaitan material untuk membuat bom dan beliau di tahan di bawah ISA di Kemunting....

    K'jaan harus bertindak setegas2nya sebelum nasi menjadi bubur terhadap puak2 ni yg dilihat begitu cenderong untuk mengidupkan kumpulan penganas dan militan bagi merampas kuasa secara kekerasan dan atas nama menegakkan islam.....tapi tak tahu lah apa nak jadi dgn kerismudin yg habis2 dia bagi amaran.....

    ReplyDelete