Multiple Pages

26/11/2011

Kenapa Najib Harus Membuat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan?


Oleh: HHalem.

1- Pada mulanya penulis malas nak memberi pandangan mengenai berita dibawah yang dirasakan agak janggal dan ganjil. Memandangkan ia datang dari para pelajar yang masih lagi mencari-cari ilmu pembelajaran, maka penulis biarkan sahaja.

Permintaan pelajar dibuat berdasarkan pengumuman Najib semalam bahawa kerajaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu.

2- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Di mana, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merayu dan meminta kepada Najib supaya, “jangan membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah”

“PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)( a) AUKU sebagai tidak sah ”
- Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dipetik Minsider.

Alasan yang janggal oleh pelajar adalah seperti dibawah;


“PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya ”.

Apa lagi tujuan jika sesuatu perkara itu dibawa ke Mahkamah, jika tidak untuk mencari kebenaran dan menentukan menang atau kalah.

Persoalan moral dan intelektual tidak ada langsung didalam makhamah buatan manusia. Manusia yang terang-terangan bersalah masih lagi dibebaskan atas dasar teknikal. Seperti kes liwat satu Anwar, Anwar dibebaskan dari penjara. Mana intelektual dan moralnya di sini. Ada manusia yang dipenjara seumur hidup hanya disebabkan tiada cukup bahan bukti yang beliau tidak bersalah.

Apabila rayuan datangnya dari pelajar memang lah kita tidak rasa terkejut walaupun ia ganjil, tetapi jika ia datang dari Suhakam, apa pula pandangan kita?


3- Suhakam TS Hasmy Agam.
Suhakam adalah badan professional dan yang merayu seperti pelajar adalah seorang Tan Sri yang di anggap semua sebagai seorang berintigriti.

“Sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri untuk negara suruhanjaya menyeru kerajaan untuk menimbangkan semula hasrat untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan meneruskan usaha untuk mendukung dan melindungi hak rakyat ”
-      Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam.

Walaupun alasan Suhakam tidak seperti seorang pelajar, tetapi permintaan mereka amat pelik seolah-olah merayu-rayu meminta tidak dihukum atas kesalahan pelajar dan meletakkan rekod yang betul. Suhakam adalah badan yang paling arif dan amat mengetahui bahawa permintaan mereka amat janggal. Janggal atau tidak Suhakam membuat keputusan untuk mencubanya.

4- Kenapa Najib Harus Membuat Rayuan.
Pentadbiran Najib harus memperbetulkan rekod yang ada dan harus membuat Rayuan ke Mahkamah Persekutuan untuk membuktikan tindakan kerajaan adalah betul dan tidak bercanggahan dengan Perlembagaan.

Jika tidak ia akan tercatit didalam sejarah dan perundangan negara bahawa sesuatu tidak kena dengan akta-akta yang digubal dan ia bercanggahan dengan Perlembagaan dan boleh dipertikaikan. Cubaan kedua oleh pembangkang ialah RUU Perhimpunan Aman yang dituduh menyekat kebebasan rakyat dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kes ini akan menjadi ikutan dan bahan rujukan pelbagai kes-kes berikutan, mengenai isu atau fakta yang sama, berpuluh-puluh tahun selepas ini. Ini adalah paling mustahak sekali.

Omputeh sebut  “precedent”

..................
In common law legal systems, a precedent or authority is a principle or rule established in a legal case that a court or other judicial body may apply when deciding subsequent cases with similar issues or facts.

Black's Law Dictionary defines "precedent" as a "rule of law established for the first time by a court for a particular type of case and thereafter referred to in deciding similar cases."

No comments:

Post a Comment